KEBANGGAAN SEPANG

Koridor Raya Multimedia (MSC) yang berpangkalan di Cyberjaya terletak bersebelahan Putrajaya iaitu di Mukim Dengkil merangkumi kawasan seluas 7,000 ekar.

Cyberjaya dikenali sebagai Nukleus ICT (Teknologi Maklumat & Komunikasi) di peringkat Negara. Ia juga dijangka akan menjadi Kotaraya Bestari Masa Depan (Intelligent City of The Future) serta model bagi seluruh negara.

‘The Nucleus’ merupakan laman web komuniti bagi Cyberjaya, perumahan mahupun perniagaan. ‘The Nucleus’ mempunyai pelagai maklumat dan perkhidmatan untuk kegunaan ramai. Sila klik pautan ini untuk ke laman web ‘The Nucleus‘.

Kuala Lumpur International Airport (KLIA) merupakan pintu masuk bagi Malaysia dan Asia Tenggara.

KLIA telah dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan menjadi mercu tanda yang amat menyerlah di Sepang dan dirasmikan pembukaannya pada 27 Jun 1998.

Sila klik pautan ini untuk ke laman web KLIA

Di samping projek-projek nasional yang sedang pesat dibangunkan, Sepang juga telah diberi penghormatan untuk menyediakan sebuah kawasan Litar Lumba

Kereta F1 pertama yang unggul, terkemuka dan bertaraf dunia di Malaysia.

Aktiviti Tahunan :

  • Formula One
  • Super GT Championship
  • Merdeka Millenium Endurance
  • Motorcycle Grand Prix
  • A1 GP Malaysian Super Series
  • Sepang Drag Battle
  • Motorcross

Sila klik pautan ini untuk ke laman web Litar F1 Sepang

Pembangunan Sepang Gold Coast ini meliputi kawasan seluas 251.49 ekar di atas Plot 67, sebahagian tanah kerajaan di Bagan Lalang, Sepang.

Pembangunan ini secara keseluruhannya adalah untuk tujuan aktiviti pelancongan. Elemen pembangunan yang terlibat adalah chalet sebanyak 366 unit dan lain-lain komponen sokongan.

Sila klik pautan ini untuk ke laman web Sepang Gold Coast