KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

Nama   : Tuan Muhamad Shah bin Osmin AMS
e-Mel    :  shah.osmin@mpsepang.gov.my
Telefon : 03-83190203

Peranan dan tanggungjawab CDO:

  • Meneraju inisiatif pendigitalan di Kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital;
  • Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
  • Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/agensi berfokusan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-Of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
  • Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
    • Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
    • Memastikan Blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia;
    • Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi & menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
  • Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui sekretariat Kluster kerajaan.