SOALAN LAZIM

Cukai Taksiran Am atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar yang terletak di dalam Kawasan Operasi Majlis Perbandaran Sepang seperti:-

  • Bangunan Kediaman (Pangsapuri, Rumah Pangsa, Rumah Teres, Rumah Sesebuah, Banglo dan lain-lain)
  • Bangunan Perniagaan / Perdagangan (Kedai, Rumah Kedai, Kedai Pejabat, Kompleks Perniagaan, Hotel dan lain-lain)
  • Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang
  • Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo, Pencawang dan lain-lain)
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:
  • Majlis / Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah
Majlis / Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandaraya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis / Dewan Bandaraya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar urban jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar rural-based. Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah dan Majlis Daerah (MD) 114 buah.

Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

Pihak pengguna boleh membuat aduan kepada PBT berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru – Untuk kertas
  • Warna Jingga – Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Warna Coklat – Untuk kaca

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11hb November setiap tahun.

Program Homestay merupakan suatu pakej pelancongan yang memberikan anda peluang untuk menjalani hidup di kampung. Bagi pengunjung dari Bandar yang biasa dengan kesibukan kota, program Homestay ini merupakan pakej pelancongan pilihan yang tepat bagi melepaskan diri daripada tekanan kerja dan kesibukan gaya hidup yang mewah. Pengunjung akan dilayan seperti ahli keluarga sendiri oleh penduduk kampung dan dapat menyertai acara-acara atau aktiviti kampung yang biasa dijalankan seperti aktiviti gotong-royong atau acara kenduri kahwin.

Lokasi kampung-kampung yang tersenarai bagi aktiviti ini biasanya di Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris.

Daerah Sepang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan dalam bentuk hidangan yang berbeza. Berkunjunglah ke Cyberjaya bagi menikmati kepelbagaian makanan antarabangsa seperti masakan nyonya, masakan arab dan masakan barat. Tidak kurang duduk santai di kopitiam Cyberjaya di petang hari. Inginkan kelainan, makanan laut di Pantai Bagan Lalang sedia menunggu. Sepang Gold Coast turut menawarkan hidangan steamboat bagi golongan yang berminat. Restoran-restoran tom yam dan masakan panas turut menanti kehadiran semua di Daerah Sepang ini.

Pantai Bagan Lalang adalah satu kawasan istirehat pantai berpasir di Daerah Sepang dan ditumbuhi dengan pokok-pokok rhu menggamit ramai pengunjung untuk berkunjung ke Pantai Bagan Lalang. Ia sangat sesuai kepada semua pengunjung terutama sekali pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kerja kerana jaraknya yang tidak jauh.

Kemudahan yang terdapat di Pantai Bagan Lalang adalah tempat menginap seperti Hotel Sri Malaysia dan beberapa chalet yang berdekatan dengan pantai tersebut. Selain daripada itu, terdapat juga pentas serbaguna, gelanggang bola sepak pantai, padang, gerai-gerai makan ikan bakar, ekspo, taman permainan, tempat riadah dan paling menarik adalah Sepang Gold Coast.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan inginkan keterangan yang lebih terperinci, sila hubungi :-

Muhammad Shauqi bin Samid
Penolong Pegawai Tadbir
Telefon : 03 – 83190200 / 300 sambungan 711
muhdshauqi@mpsepang.gov.my