Akses Orang Kurang Upaya (OKU)
Laman Web MPSepang menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Diantaranya adalah:
A) Pengguna Cacat Penglihatan
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Pembaca teks tersebut disediakan untuk kandungan Perutusan, Pengenalan, Ucapan, Artikel, Berita serta pelbagai kandungan yang lain. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :
(a) Pautan kepada pembaca teks :
- Semasa melayari laman ini, anda akan menemui
ikon "Dengar teks" pada penjuru paling atas laman web (ikon 1) dan pada penjuru atas setiap kandungan (ikon 2). - Untuk ikon "Dengar teks" (ikon 1), sila 'highlight' ayat yang hendak didengar.
- Klik pada
ikon "Dengar teks" (ikon 1) dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang dijana. - Untuk ikon "Dengar teks" (ikon 2), hanya klik pada ikon dan setiap teks di kandungan tersebut akan dijana dan dibaca.
- Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
- Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.