Antibiotic Fun Run

Program Antibiotik Fun Run akan diadakan pada 19/1/2020 bertempat di G2G Garden Hall, MAEPS Serdang bermula pada pukul 7.00 pagi hingga 12 tengahari. Tujuan Antibiotik Fun Run ini merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menyebarluas kepentingan antibiotik dengan lebih bertanggungjawab. Acara ini merupakan kesinambungan Sambutan World Antibiotic Awareness Week (WAAW 2019) yang telah berlangsung pada November lalu di mana pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti pameran tentang ubat-ubatan serta saringan kesihatan yang dijalankan dalam mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan kepada masyarakat.