mail   Emel       Cetak

Artikel

Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

  • Pastikan semua bekas yang boleh menakung air yang tidak digunakan lagi dibuang dengan betul.
  • Tutup dengan rapat semua bekas menyimpan air, atau
    • masukkan bahan pembunuh jentik-jentik (temephos) mengikut sukatan yang disyorkan pada label, atau
    • tukar air dan sental bahagian dalam bekas menyimpan air bersih, seminggu sekali
  • Tukar air dan bersihkan bekas jambangan bunga setiap minggu
  • Cuci dan sental hingga bersih piring alas pasu bunga untuk menghapuskan telur nyamuk Aedes setiap minggu.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa menggunakan semburan racun serangga (aerosol)

Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

  • Didalam Rumah
    • Bekas jambangan bunga (vase)
    • Kolam (kolah) mandi
    • Dulang perangkap air peti sejuk
    • Bekas simpanan air
       
  • Didalam Rumah
    • Tayar buruk
    • Plastik yang boleh menakung air, tin-tin minuman dan bekas makanan polisterin
    • Botol atau gelas pecah yang boleh menakung air
    • Tempurung, kulit koko, tunggul pokok pisang, buluh atau dan keladi