« Kembali

Tender Semula : Kerja Penyelenggaraan Landskap dan Kerja Pembersihan Bangunan

 

Adalah dimaklumkan kerja-kerja seperti senarai di bawah telah dibuka semula. Syarikat-syarikat yang telah memasuki kerja-kerja ini diminta untuk mendapatkan dokumen tender yang baru di Kaunter Unit Tender dan Kontrak di Tingkat 3, Majlis Perbandaran Sepang secara percuma. Sila bawa pendrive yang telah diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran Sepang beserta salinan bil pelbagai.

Berikut adalah kerja-kerja yang telah dibuka semula. Sila klik pada link untuk melihat senarai syarikat yang telah memasuki kerja-kerja tersebut iaitu :-

1.  Tajuk kerja : Cadangan kerja-kerja penyelenggaraan landskap lembut bagi kawasan jalan protokol sebahagian Persiaran Bestari, jalan masuk Kelab Komuniti Cyberjaya, sebahagian Persiaran Multimedia (pokok teduhan yang ditaman oleh pihak Cyberview) serta di hadapan Autoville Teknorat (1) dan Island di persimpangan Bomba, LHDN, HP Cyberjaya untuk Majlis Perbandaran Sepang.

2. Tajuk kerja : Cadangan perkhidmatan bagi kerja-kerja mencuci bangunan dan pembersihan di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Sepang Cyberjaya dan Pejabat Jabatan Landskap, Taman Tasik Cyberjaya untuk Majlis Perbandaran Sepang.

Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.