KAJIAN PEMAHAMAN WARGA KPKT DAN MASYARAKAT BERKAITAN KREDIT KOMUNITI 2024

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKK) sedang menjalankan kajian pemahaman masyarakat awam berkaitan Kredit Komuniti. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan penilaian masyarakat awam berkaitan Kredit Komuniti dan kefahaman tentang peranan KPKT dalam mengawal selia aktiviti-aktiviti pemberi kredit. Justeru, soal selidik kajian tersebut boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat pada poster di atas atau melalui pautan berikut;

https://me-qr.com/hOIdreyB

IKLAN JAWATAN KOSONG MAC 2024

Klik sini untuk lihat iklan jawatan kosong bagi Mac 2024

HEBAHAN : SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2024

Jom sertai Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 yang bertemakan ‘Perayaan Muafakat’ dan saksikan pelbagai persembahan kebudayaan, bengkel dan aktiviti yang bertemakan 4 unsur asas dalam kehidupan seharian kita seperti:-

– Pakaian (Membuat Poskad Kain Rahmat DIY daripada kain perca)
 Makanan (Jawab Teka-Teki dan Menangi Beras Lestari)
 Kediaman (Mewarna Lukisan Jubin Naga),
 Pengangkutan (Tanglung Chap Goh Mei buatan Tangan).

Majlis akan berlangsung pada butiran seperti berikut:-

Tarikh : 24 Februari 2024 (Sabtu)
Masa : 10.00pagi — 6.00petang
Tempat : Foyer Symphony 3 (Persembahan) & LG East Coast (Bengkel dan Aktiviti), IOI City Mall, Putrajaya.
Maps/waze: https://maps.app.goo.gl/V5kNuYgo42vqEH9J8

Jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik.

HEBAHAN : PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TENGAH

Kerajaan Persekutuan dengan Kerjasama Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 bagi Zon Tengah yang menggabungkan Wilayah Persekutuan dan Negeri Perak pada ketetapan seperti berikut :-

Tarikh : 23-25 Februari 2024 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Kompleks Sukan, Kuala Selangor

Program ini menjadi platform yang terbaik untuk menyebar luas kefahaman rakyat berkenaan konsep Malaysia MADANI dan merupakan peluang terbaik Kerajaan untuk memberikan penerangan tentang isu-isu semasa nasional kepada rakyat di peringkat akar umbi. la juga dapat menyokong pelaksanaan inisiatif-inisiatif utama yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dengan pelbagai acara menarik antaranya pameran raruai agensi kerajaan, kaunter perkhidmatan bergerak, aktiviti sukaneka rakyat, acara pentas dan sebagainya.

 

#CEPat | JOM SERTAI PERADUAN CEPat-CEPat MENANG!

Sertai peraduan CEPat-CEPat Menang dan anda berpeluang memenangi hadiah utama iPhone 15 Pro!!
Jangan risau, sebanyak 36 hadiah menarik lain berupa ‘smart phone’ menanti pemenang!
Mudah saja, lakukan pembayaran melalui aplikasi Citizen E-Payment (CEPat) untuk menang! Anda hanya perlu membuat pembayaran bagi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Selangor seperti:
-Cukai Taksiran/Pintu
-Sewaan
-Lesen
-Kompaun
-Parkir
*Tempoh penyertaan adalah dari 29 November 2023 sehingga 29 Februari 2024.
*Bilangan transaksi yang terbanyak akan dipilih sebagai pemenang.
Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi CEPat sekarang! Ikuti laman rasmi ini untuk maklumat lanjut :
 

IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN FEBRUARI 2024

MAKLUMAN IKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS PERBANDARAN SEPANG BULAN FEBRUARI 2024
Tarikh Iklan: 5 Februari 2024 (Isnin)
BORANG PERMOHONAN:
Pemohon boleh hadir ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan borang atau muat turun borang di pautan ini kliksini
Sebarang pertanyaan,
sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta :
03-83190300 Ext : 331
TARIKH TUTUP PERMOHONAN :
19 FEBRUARI 2024 (ISNIN) JAM 3.00 PETANG

SOAL SELIDIK PERKHIDMATAN ATAS TALIAN JABATAN/AGENSI KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor sedang mengadakan kajian umum mengenai perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Anda dijemput mengisi borang soal selidik yang dibuka sehingga 29 Mac 2024.

Borang soal selidik boleh dicapai di alamat https://ls.selangor.my/sgos

Terima kasih di atas penglibatan anda.

 

Makluman : Kerja-kerja Penyelenggaraan bagi kemudahan ePerkhidmatan MPSepang.

Unit Teknologi Maklumat sedang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan berkala bagi kemudahan ePerkhidmatan MPSepang (https://ekl.mpsepang.gov.my) merangkumi kemudahan pembayaran dalam talian (online). Sehubungan dengan itu, perkhidmatan dan pembayaran dalam talian (online) melalui laman ePekhidmatan MPSepang ini tidak dapat dicapai sepanjang tempoh penyelenggaraan.

Saluran alternatif bagi pembayaran cukai taksiran dan kompaun MPSepang secara dalam talian (online) boleh dibuat melalui kemudahan Pembayaran PBTpay (https://pbtpay.kpkt.gov.my/welcome) dan aplikasi CEPat (https://www.smartselangor.com.my/services/cepat/) yang boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store. Selain itu untuk perkhidmatan lain-lain boleh hadir ke kaunter kutipan Ibu Pejabat MPSepang di Cyberjaya, kaunter kutipan Pejabat Cawangan MPSepang dan KIOSK Pembayaran Layan Diri MPSepang.

Sebarang permasalahan dan kesulitan amat kami kesali dan didahului dengan terima kasih. Harap maklum.

KERJA-KERJA PENGEMASKINIAN SISTEM ePELESENAN MPSEPANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Unit Teknologi Maklumat sedang menjalankan kerja-kerja pengemaskinian sistem bagi Sistem Pelesenan atas talian. Oleh itu, beberapa modul seperti eLesen Permohonan Baru, eLesen Pembaharuan dan eLesen Notis Pembaharuan tidak dapat diakses secara atas talian buat masa ini. Modul-Modul ini akan dapat diakses seperti sediakala setelah kerja-kerja tersebut selesai dilaksana.

Sekian, terima kasih.