1. Carian

- Carian terletak di penjuru kanan atas di setiap halaman yang membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita dan Peristiwa, Artikel (di dalam Sumber), dan Perkhidmatan.
2. Kalendar

- Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.
- Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.
- Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti / program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.
- Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti / program untuk hari tersebut.
3. Menu

- Menu Utama portal MPSepang terdiri daripada Kerajaan & Kakitangan, Rakyat, Pelancong & Pelawat dan Sektor Swasta.
- Menu Kerajaan & Kakitangan menyediakan maklumat mengenai pengurusan dan pentadbiran di MPSepang, juga memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Sepang.
- Menu Rakyat membolehkan pengguna merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Sepang beserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan. e-Perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.
- Menu Pelancong & Pelawat menyediakan informasi berguna tentang Sepang kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.
- Menu Sektor Swasta memberi maklumat mengenai panduan perniagaan khususnya kepada peniaga dan kontraktor.
4. Foto

- Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Tahun, Bulan dan Aktiviti.
- Pengguna boleh klik pada gambar untuk melihat gambar yang lebih jelas.
- Gambar juga boleh dimuat turun . Contoh paparan gambar adalah seperti di bawah:

Halaman ini telah dicapai : 23457
Tarikh kemaskini : 19 Mei 2011