Banghuris Homestay

mail   Emel       Cetak

homestay  homestay
homestay

Homestay ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Kaedah homestay ini bagi menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel , resort , chalet dan sebagainya.Konsep homestay dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional . Keunikan kampung seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.    

Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui adat budaya dan kesenian dan masakan tradisional masyarakat tempatan.

Homestay Banghuris bertempat di daerah Sepang, 60km dari Kuala Lumpur atau 35km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dengan hanya berpandukan papan tanda jalan kearah Kuala Langat dan seterusnya ke arah Sungai Pelek.

 


Merasai pengalaman sebenar kehidupan kampung dan keramahan penduduk kampung di Banghuris, Sepang. Banghuris merupakan nama bagi memperkenalkan 3 buah kampung yang berlainan iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh and Kampung Hulu Teris. 

Kawasan homestay ini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, pokok-pokok getah dan kebun buah yang mana ianya juga berhampiran dengan KLIA dan pusat pentadbiran Negara iaitu Putrajaya. Program homestay Banghuris telah bermula lebih daripada 10 tahun yang lalu dengan memberi fokus kepada sektor pelancongan pertanian. 

Pakej pelancongan pertanian termasuklah lawatan ke estet getah, penanaman kelapa sawit dan kebun-kebun buah. Pelawat akan diberi pengalaman untuk mencuba menoreh getah, mengait buah kelapa sawit dan merasa buah-buahan tempatan yang terdapat di kebun-kebun penduduk kampong.

Kawasan di Pusat Pelancongan dan Aktiviti Banghuris Banghuris juga dilengkapi dengan kolam-kolam ikan yang juga disediakan kelengkapan untuk tujuan memancing.Pelawat-pelawat di homestay ini juga akan menikmati persembahan oleh penduduk kampong dengan muzik kelasik daripada peralatan tradisional. Selain daripada itu penginapan dan makanan juga disediakan sepanjang tempoh penginapan mereka.