Jabatan Kawalan Bangunan

mail   Emel       Cetak

Ketua Jabatan : Encik Sulaiman bin Abi Hashim

Carta Organisasi

Objektif

  • Memastikan permohonan Pelan Bangunan, Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (SKM), Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) dan Permit Bangunan Sementara diluluskan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di dalam Piagam Pelanggan.
  • Menyelenggara bangunan-bangunan milik Majlis dan memastikan ianya berfungsi secara optima.
  • Memastikan projek Majlis dapat disiapkan mengikut jadual, peraturan dan spesifikasi yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pembinaan bangunan di Daerah Sepang terkawal dan dilaksanakan mengikut kelulusan.
  • Menyelenggara, mengemaskini dan mengurus data berhubung Bahagian di dalam Jabatan.
Piagam Pelanggan Tempoh
1. Kelulusan Pelan Bangunan
a. Bangunan kemudahan awam, perumahan, kedai / pejabat, kilang, institusi, kompleks. 30 hari
b. Rumah sesebuah / dengan syarat telah mempunyai kelulusan infra dengan syarat bayaran dan dokumen lengkap. 3 hari /
24 jam
c. Tambahan atau pindaan rumah / kedai / pejabat / kilang dengan syarat bayaran dan dokumen lengkap. 3 hari /
24 jam
d. Pengeluaran CFO selepas penerimaan Borang E 14 hari
e. Membuat Ulasan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) bagi permohonan kebenaran merancang. 14 hari
2. Permit bangunan sementara
a. Yang melibatkan ulasan teknikal. 1 bulan
b. Yang tidak melibatkan ulasan teknikal (seperti papan tanda projek dan hoarding). 7 hari
3. Aduan Pelanggan. 7 hari
4. Pemulangan Wang Cagaran. 7 hari
5. Tuntutan Bayaran Kontrator. 7 hari

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Fungsi

  • Bahagian Pembangunan

          a. Menerima dan memproses pelan bangunan untuk kelulusan dan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat
              Setempat serta memastikan permohonan diproses di dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi :
             - Permohonan Baru (Projek Dan Banglo). 

             - Permohonan Tambahan Dan Pindaan (Renovation).
             - Permohonan Permit Bangunan Sementara.
             - Permohonan Permit Kerja-Kerja Kecil (Minor Repair).
             - Permohonan Permit Khemah.
          b. Menerima dan memproses permohonan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan.
          c. Memantau dan menyemak permohonan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC).
          d. Memberi Ulasan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) bagi Permohonan Kebenaran Merancang.
          e. Menerima dan memproses permohonan pemulangan wang amanah.
          e. Memberi khidmat nasihat mengenai permohonan pelan bangunan dan pembangunan kepada pelanggan.
          f.  Menyediakan kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) 2 kali sebulan.
          g. Menyediakan dan membuat pemantauan ISO MS 9001:2008 jabatan.
          h. Mengemaskini sistem OSC Online serta menghadiri mesyuarat berkaitan.
          i.  Mengumpulkan data maklumat Pelan dan SKM / CCC.

  • Bahagian Kawalan Pembangunan

          a. Mengawal selia pembinaan dan ubahsuai bangunan supaya mematuhi Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974
              (Akta 133) dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Notis Penguatkuasa)
.
          b. Menghadiri mesyuarat aduan awam dan mengemaskini e-Aduan supaya dapat diselesaikan dalam masa
              ditetapkan.

          c. Berfungsi sebagai penguatkuasa bangunan dalam memantau segala projek pembangunan di dalam kawasan
              pentadbiran MPSepang.

          d. Memantau dan menyediakan laporan untuk projek-projek terbengkalai dan bermasalah di kawasan daerah Sepang.
          e. Mengumpul rekod kerja-kerja penyelenggaraan bagi bangunan yang melebihi 5 tingkat.
          f.  Menghadiri mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Perunding Penduduk di setiap zon.

  • Bahagian Projek Dan Penyelenggaraan

          a. Penyediaan lukisan senibina untuk dokumen Kontrak, Tender, Sebut Harga dan Kerja Inden.
          b. Melaksanakan kerja-kerja segera (Inden).
          c. Melaksana dan merancang kerja bagi projek-projek baru di bawah peruntukan Persekutuan, Negeri dan Majlis.
          d. Mengawal selia dan memantau perlaksanaan projek sehingga siap mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan
              di dalam kontrak.

          e. Menyelaras penyerahan bangunan yang telah siap kepada Bahagian Pengurusan Aset.
          f.  Menyelenggara dan membaikpulih aset Majlis agar berfungsi secara optima.
          g.Memeriksa tapak dan memproses tuntutan yang dikemukakan oleh kontraktor.
          h.Memantau dan menyelesaikan aduan awam berkaitan bangunan kemudahan awam di bawah seliaan Majlis.

  • Bahagian Pentadbiran

          a. Mengawal dan menyelaras aktiviti Jabatan Bangunan.
              - Pentadbiran
              - Sistem Fail 
              - ISO MS 9001:2008 
              - e-Submission 
              - 5S
          b. Menyediakan dokumen mesyuarat.
          c. Inventori alat tulis.
          d. Pengurusan fail.
          e. Urusan cuti kakitangan Bahagian.
          f.  Merancang program peruntukan dan belanjawan Jabatan.