mail   Emel       Cetak

Jabatan Khidmat Pengurusan

Carta Organisasi

Piagam Pelanggan

  • Menyediakan deraf minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 2 hari bekerja dan mengedarkan minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat.
  • Memproses Sebut Harga dan Tender dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga / Tender.
  • Memproses permohonan dan pelantikan baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Ketua Bahagian : Puan Nor Suhaila binti Saat

Objektif

  • Merancang keperluan gunatenaga yang mencukupi, terlatih dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
  • Memelihara kebajikan dan kepentingan perkhidmatan kakitangan melalui proses tawaran gaji dan elaun, pemberian taraf berpencen, urusan persaraan, peperiksaan, rekod perkhidmatan, kemudahan perubatan, urusan cuti, pengesahan jawatan dan penempatan kakitangan.
  • Melahirkan kakitangan yang produktif, berdisiplin dan berhemah tinggi melalui penguatkuasaan peraturan-peraturan pegawai awam, kelakuan dan tatatertib.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua permohonan dan pengambilan staf diproses tiga bulan dari tarikh iklan jawatan kosong dibuat.
  • Memastikan pengurusan Pentadbiran Pejabat mengikut undang-undang Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Memastikan semua permohonan cuti staf direkod dan difailkan dalam masa 24 jam.
  • Memastikan semua dokumen yang diperlukan bagi urusan persaraan dan pencen staf disediakan dua tahun sebelum tarikh persaraan.
  • Menyediakan jadual latihan dan kursus bagi staf pada setiap Disember.

 

Bahagian Kualiti 
 

Carta Organisasi 

Ketua Unit : Suhana Binti Mohd Ghazali

Objektif

  • Meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran sepang ke tahap yang membanggakan dengan melaksanakan penambahbaikan dalam proses kerja MPSepang dari semasa ke semasa.  

Piagam Pelanggan

  • Menganjurkan program kualiti menyeluruh setiap 3 bulan bagi penambahbaikan proses kerja secara berterusan MPSepang.

 

Bahagian Pentadbiran Keurusetian

Ketua Bahagian : Puan Zuhaileen binti Abdul Rashid

Objektif

  • Memberi yang terbaik dari segi pentadbiran bagi memastikan perjalanan dan semua urusan majlis berjalan lancar dan sempurna. Diantara fungsi-fungsi utama Bahagian Pentadbiran adalah memastikan segala kelengkapan dan peralatan pejabat sentiasa dalam keadaan mencukupi dan terkawal, keselamatan pejabat dan peralatan-peralatan majlis adalah terjamin, serta pengendalian segala mesyuarat berjalan dengan lancar.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua kutipan difailkan dengan kemas dan teratur.
  • Menyediakan dan mengedarkan draf minit dan notis kehadiran mesyuarat 24 jam sebelum mesyuarat. Membuka dan menyerahkan semua surat rasmi kepada Yang Dipertua Majlis ataupun Setiausaha hanya pada hari penghantaran.
  • Menjaga keselamatan pejabat dan peralatan.
  • Memproses semua permohonan pengguna kemudahan Majlis seperti dewan, kerusi dan kemah 24 jam dari tempoh permohonan.
  • Memberi jawapan untuk permohonan penggunaan kenderaan Majlis serta-merta.
  • Menyiasat laporan dalam masa tujuh hari bekerja.