JABATAN LANDSKAP

Bahagian Pentadbiran
  • Menjalankan kerja-kerja perolehan dan pentadbiran
  • Menyediakan dan menyelaraskan bajet jabatan dan membantu memantau pembelanjaan
  • Mengemaskini fail-fail dan pergerakan surat, arahan serta memo dari jabatan

Bahagian Penyelenggaraan Dan Hiasan

  • Merancang dan menyelaraskan kerja-kerja pengalihan / pemindahan pokok
  • Merancang dan menyelaraskan bagi kerja-kerja penyelenggaraan landskap lembut
  • Merancang dan menyelaraskan kerja-kerja pemangkasan dan penebangan pokok
  • Merancang dan menyelaraskan kerja-kerja penggantian dan penambahan alat permainan kanak-kanak
  • Merancang dan memantau program gotong royong
  • Merancang dan memantau sewaan taman awam, kawasan lapang dan Pantai Bagan Lalang
  • Melaksanakan kerja-kerja naiktaraf dan penyelenggaraan landskap lembut di seluruh Daerah Sepang

Bahagian Projek, Reka Bentuk Dan Teknologi Landskap

  • Merancang dan menyediakan spesifikasi dan kerja-kerja berkaitan
  • Menyelaraskan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengindahan Bandar
  • Menyelaraskan dan melaksanakan kerja-kerja aduan, caj pemajuan dan lain-lain berkaitan
  • Menyelaraskan dan melaksanakan kerja-kerja membina taman permainan, landskap kawasan riadah, struktur landskap kejur serta padang bola
  • Menyelaraskan dan melaksanakan rekabentuk bandar dan pelan induk landskap
  • Menyelaraskan dan melaksanakan kerja-kerja pembangunan mampan Local Agenda 21 (LA21) / Smart City
  • Menyelaraskan dan melaksanakan kerja pembangunan landskap dari peruntukan luar seperti Jabatan Landskap Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain
  • Melaksanakan program / acara yang melibatkan landskap seperti floria, laman, program tanam pokok dan lain-lain berkaitan
  • Pengurusan dan penyelenggaraan Taman Kucing Taman Tasik Cyberjaya