Jabatan Landskap

mail   Emel       Cetak

Ketua Jabatan : Pn.Ruhaila Binti Abdul Rahman

Carta Organisasi

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

 

Piagam Pelanggan

  • Semua permohonan landskap yang lengkap serta teratur mengikut ‘checklist' yang disediakan akan diluluskan dalam tempoh tiga puluh hari daripada penerimaan permohonan.
  • Semua permohonan landskap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam masa dua minggu (bergantung kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa OSC).
  • Memproses bayaran  dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Memberi ulasan Kebenaran Merancang dalam tempoh lima belas hari bekerja.
  • Membuat persiapan hiasan yang cantik dan kemas untuk sebarang majlis keraian dalam masa sehari dan pokok-pokok hiasan akan dipunggah dalam masa dua hari berikutnya.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / Ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh empat belas hari bekerja.