JABATAN MPSEPANG


Piagam Pelanggan

  • Menyediakan deraf minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 2 hari bekerja dan mengedarkan minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat.
  • Memproses Sebut Harga dan Tender dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga / Tender.
  • Memproses permohonan dan pelantikan baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Ketua Bahagian : Puan Nor Suhaila binti Saat

Objektif

  • Merancang keperluan gunatenaga yang mencukupi, terlatih dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
  • Memelihara kebajikan dan kepentingan perkhidmatan kakitangan melalui proses tawaran gaji dan elaun, pemberian taraf berpencen, urusan persaraan, peperiksaan, rekod perkhidmatan, kemudahan perubatan, urusan cuti, pengesahan jawatan dan penempatan kakitangan.
  • Melahirkan kakitangan yang produktif, berdisiplin dan berhemah tinggi melalui penguatkuasaan peraturan-peraturan pegawai awam, kelakuan dan tatatertib.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua permohonan dan pengambilan staf diproses tiga bulan dari tarikh iklan jawatan kosong dibuat.
  • Memastikan pengurusan Pentadbiran Pejabat mengikut undang-undang Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Memastikan semua permohonan cuti staf direkod dan difailkan dalam masa 24 jam.
  • Memastikan semua dokumen yang diperlukan bagi urusan persaraan dan pencen staf disediakan dua tahun sebelum tarikh persaraan.
  • Menyediakan jadual latihan dan kursus bagi staf pada setiap Disember.

BAHAGIAN PENTADBIRAN AM

Ketua Bahagian : Puan Zuhaileen binti Abdul Rashid

Objektif

  • Memberi yang terbaik dari segi pentadbiran bagi memastikan perjalanan dan semua urusan majlis berjalan lancar dan sempurna. Diantara fungsi-fungsi utama Bahagian Pentadbiran adalah memastikan segala kelengkapan dan peralatan pejabat sentiasa dalam keadaan mencukupi dan terkawal, keselamatan pejabat dan peralatan-peralatan majlis adalah terjamin, serta pengendalian segala mesyuarat berjalan dengan lancar.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua kutipan difailkan dengan kemas dan teratur.
  • Menyediakan dan mengedarkan draf minit dan notis kehadiran mesyuarat 24 jam sebelum mesyuarat. Membuka dan menyerahkan semua surat rasmi kepada Yang Dipertua Majlis ataupun Setiausaha hanya pada hari penghantaran.
  • Menjaga keselamatan pejabat dan peralatan.
  • Memproses semua permohonan pengguna kemudahan Majlis seperti dewan, kerusi dan kemah 24 jam dari tempoh permohonan.
  • Memberi jawapan untuk permohonan penggunaan kenderaan Majlis serta-merta.
  • Menyiasat laporan dalam masa tujuh hari bekerja.

Ketua Jabatan : Encik Ahmad Saifunazif bin Mat Yatim


Piagam Pelanggan

  • Proses permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan yang lengkap dan mematuhi syarat- syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 60 hari bekerja.
  • Proses permohonan kelulusan pelan lampu awam yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 30 hari berkerja.
  • Pengakuan penerimaan pelan struktur yang lengkap dan mematuhi syara-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Proses pemohonan kelulusan permit korekan jalan dan permit laluan yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Poses permohonan ambilalih infrastruktur yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Memberi ulasan kebenaran merancang yang diterima daripada OSC dalam tempoh 14hari bekerja.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan jalan, longkang, lampu jalan, lampu isyarat, dan tebing runtuh dalam masa 48 jam / hari bekerja.

Ketua Jabatan : YM Raja Zulhelmi bin Raja Saleh

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan Majlis yang efisyen dan berkesan selaras dengan tatacara dan prosedur kewangan yang digunapakai.

Piagam Pelanggan

  • Meluluskan permohonan bayaran Cukai Taksiran secara ansuran serta merta
  • Memproses bayaran balik cagaran dalam tempoh 7 hari
  • Memproses bayaran kepada pembekal setelah dokumen lengkap diterima di Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh
    7 hari

Ketua Jabatan : Puan Rozeta Binti Md Yusof

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Ketua Jabatan : Encik Mohd Fahmy bin Tumut

Objektif

  • Memastikan semua pegangan yang tidak dikecualikan daripada kadar di dalam kawasan Majlis dinilai dengan adil dan munasabah bagi maksud kadaran dan harta-harta Majlis diuruskan secara optima.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua pegangan dinilai dalam tempoh 7 bulan daripada CCC.
  • Memastikan permohonan remisi diproses dan diputuskan mengikut tempoh 1 bulan selepas penggal taman.
  • Memastikan caruman membantu kadar kutipan 100 peratus.
  • Memastikan kontraktor penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memastikan Kutipan sewa bulanan mencapai 80 peratus.
  • Memastikan tawaran dibuat selepas 14 hari Jawatankuasa pemilihan penyewa memilih penyewa yang layak.

Ketua Jabatan : Puan Zelda binti Mohd Zamri

Bahagian Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Sukan
Ketua Unit : Encik Mohamad Firdaus bin Mohamad Marji

Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial Dan Pelancongan
Ketua Unit : Puan Norita Binti Ahmad Patanah

Bahagian Perpustakaan
Ketua Unit : –

Bahagian Logistik Dan Peralatan Pejabat
Ketua Unit : –

Objektif

  • Mengurus, melaksana, merancang dan menyelia program-program belia dan sukan.
  • Merancang dan melaksana program / aktiviti kebudayaan, kesenian, sosial dan pelancongan di kawasan MPSepang.
  • Merancang pelbagai aktiviti dan program pembangunan kemasyarakatan meliputi pelbagai kaum seluruh MPSepang
  • Memberi dan meyediakan perkhidmatan buku dan bahan perpustakaan serta menjalankan aktiviti untuk pengguna perpustakaan.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan komuniti dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Ketua Jabatan : Sulaiman bin Abi Hashim

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Ketua Jabatan : Encik Mohd Azran bin Haji Musa


Objektif

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai yang telah diperturunkan kuasa oleh Majlis di dalam kawasan pentadbirannya ke arah mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi tujuan perniagaan, kediaman dan perindustrian.

Ketua Jabatan : Azirol Hisham Bin Azmi

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Piagam Pelanggan

  • Melaksanakan aktiviti kawalan denggi dalam tempoh 48 jam selepas kes dilaporkan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Lesen Anjing yang lengkap secara serta-merta.
  • Menerima, menyiasat dan memberi maklum balas ke atas aduan awam di dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Menjalankan pemeriksaan dan pengauditan tandas awam sebanyak 10 unit setiap bulan.

Ketua Jabatan : Encik Noor Halif bin Noorzan

Objektif

  • Memastikan kerja-kerja memproses permohonan kelulusan dan pengeluaran Lesen Tred Perniagaan / Iklan / Penjaja / Hiburan dan lain-lain dilaksanakan dengan teratur dan cekap dalam tempoh 14 hari bekerja dan serta merta (bagi yang tidak berisiko) bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berhubung dengannya.

Misi

Memastikan Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan bagi meningkatkan kutipan hasil lesen yang tinggi kepada Majlis.

Visi

Melesenkan semua jenis lesen-lesen perniagaan yang terdapat di kawasan MPSepang dan memantau lesen-lesen yang telah diluluskan tanpa melanggar syarat yang ditetapkan.

Fungsi

  1. Menerima permohonan lesen seperti Lesen Tred Perniagaan Dan Perindustrian, Lesen Iklan, Lesen Penjaja, Lesen Hiburan, Lesen Pasar Malam / Sari, Permit Sementara dan lain-lain.
  2. Memproses setiap jenis permohonan lesen dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang telah lengkap mengikut senarai semak yang sedia ada.
  3. Membuat lawatan tapak ke premis kedai baru bagi melihat jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan dan melihat kebersihan premis kedai.
  4. Membuat laporan lawatan tapak dengan menyediakan gambar-gambar premis kedai dan aktiviti yang dilakukan.
  5. Menjalankan pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan bagi semua jenis lesen yang telah diluluskan agar tidak melanggar syarat-syarat kelulusan.
  6. Menyelenggara dan mengurus penjaja-penjaja kecil melalui penempatan semula dan melesenkan semua penjaja yang dikenalpasti.
  7. Menguruskan dan melesenkan peniaga pasar malam dan pasar sari.
  8. Menguruskan peniaga-peniaga pasar awam yang terdapat di Sepang seperti di Pekan Salak, Pekan Dengkil, Pekan Sepang dan Pekan Sungai Pelek.
  9. Bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan bagi menjalankan operasi pemantauan terhadap premis-premis yang berlesen dan mengenakan tindakan undang-undang bagi premis tanpa lesen.
  10. Menjalankan Unit Pemeriksaan Lesen untuk membuat rondaan dan pemantauan kesemua kawasan samada penjaja / premis kedai / iklan billboard / unipolle / iklan bunting / banner dan lain-lain.
  11. Menyiasat aduan-aduan awam berkenaan dengan pelesenan.

Senarai Lesen Perniagaan Hiburan

  1. Lesen Live Band / Pub
  2. Lesen Karaoke
  3. Lesen Snuker
  4. Lesen Pertunjukan Pentas ( Wayang / Opera Cina, Tempat Terbuka )
  5. Pusat Bowling
  6. Taman Tema
  7. Disko / Lounge
  8. Pesta Ria
  9. Sarkas
  10. Panggung Wayang

Senarai Lesen Perniagaan Penjaja

  1. Penjaja Statik
  2. Penjaja Bergerak
  3. Penjaja Sementara

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta
( Tanpa Syarat Khusus Senarai A )

  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Aksesori Kereta (Jual Sahaja)
  3. Kedai Aksesori Wanita
  4. Kedai Alat-Alat Sukan
  5. Kedai Barangan Hiasan / Hiasan Dalaman
  6. Kedai Barangan Elektrik
  7. Kedai Alat Hawa Dingin
  8. Kedai Barangan Plastik Dan Pinggan Mangkuk
  9. Kedai Basikal
  10. Kedai Bingkai Gambar
  11. Kedai Bot / Jet Ski (Jual Sahaja)
  12. Kedai Buku Dan Alat Tulis
  13. Kedai Bunga
  14. Kedai Cermin Mata
  15. Kedai Dobi
  16. Kedai Emas
  17. Kedai Gambar
  18. Kedai Gunting Rambut < 3 Kerusi
  19. Kedai Gunting Rambut > 3 Kerusi
  20. Kedai Jahit Pakaian
  21. Kedai Jual Batu Nesan Dan Keranda
  22. Kedai Jual Ubatan Cina / Ubatan Tradisional
  23. Kedai Kasut
  24. Kedai Kawalan Serangga (Jual Sahaja)
  25. Kedai Komputer (Jual Sahaja)
  26. Kedai Kraftangan / Cenderamata
  27. Kedai Kunci
  28. Kedai Mainan Kanak-Kanak
  29. Kedai Menjual Permaidani / Cermin
  30. Kedai Pakaian / Butik
  31. Kedai Perabot
  32. Kedai Peralatan Rumah / Dapur
  33. Kedai Fotostat
  34. Kedai Plumbing / Hardware (Jual Sahaja)
  35. Kedai Runcit
  36. Pasar Mini (Jual Ikan Dan Sayur)
  37. Kedai Sekolah Jahitan
  38. Kedai Telefon / AksesoriI
  39. Pasar (Pasaraya) > 2 pintu
  40. Pasar (Persendirian) – Termasuk Pakaian
  41. Pejabat Urusan
  42. Insurans
  43. Butik (Pakaian / Kasut / Kosmetik)
  44. Stor (Tidak Berisiko)
  45. Kedai Kelengkapan Bilik Mandi
  46. Kedai Perhiasan Lampu
  47. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  48. Kedai Akuarium
  49. Pusat Senaman / Aerobik
  50. Kedai Jubin
  51. Kedai Bahan-Bahan Besi / Logam
  52. Kedai Jual Kereta / Motosikal Baru
  53. Pusat Studio Muzik / Rakaman
  54. Restoran / Kedai Kopi Dan Kedai Makan
  55. Taska / Tadika / Pusat Tuisyen
  56. Farmasi / Kedai Ubat

Perhatian : Penyerahan Borang Permohonan Lesen Serta Merta hendaklah dibuat sebelum pukul 3:00 petang pada setiap hari. Semua dokumen yang dikehendaki hendaklah lengkap. Sekiranya tuan / puan gagal menyediakan dokumen yang lengkap, pihak kami tidak dapat menerima permohonan tersebut. Kerjasama tuan / puan kami ucapkan terima kasih.

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta (Dengan Syarat Khusus Senarai B)

  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangan (Jual Sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska

Ketua Jabatan : Cik Arefah Binti Rahim

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Ketua Unit : Puan Rosziana binti Bassin, PPT

Objektif

  • Merancang, menyelaras dan memantau pembangunan aplikasi bagi kemudahan jabatan/bahagian/unit menjalankan fungsi ditetapkan dengan cekap dan berkesan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau rangkaian dan keselamatan ICT bagi membolehkan perkakasan dapat menjalankan fungsi ditetapkan dengan baik dan efisien.
  • Mengurus, menyelaras dan memantau saluran atas talian dan aplikasi atas talian serta kualiti strategik bagi membolehkan penyaluran informasi dan kawalan dokumen ICT yang baik dan teratur.

Ketua Unit : Encik Mohd Nor Amirrudin bin Ab Karim

Objektif

  • Memberi khidmat nasihat perundangan dan penguatkuasaan semua Akta, Undang-Undang Kecil, Peraturan dan Dasar yang diguna pakai kepada Majlis mengenai apa-apa perundangan yang dirujuk kepada jabatan bagi melindungi kepentingan Majlis.
  • Memberi khidmat nasihat dan memantau apa-apa tuntutan sivil terhadap atau bagi pihak Majlis Perbandaran Sepang bagi mengutip tunggakan cukai dan menjaga hak serta kepentingan Majlis.
  • Meneliti dan menyemak apa-apa dokumen perundangan, perjanjian, memorandum persefahaman dan garis panduan supaya hak dan kepentingan Majlis terpelihara.
  • Menyelaras dan bertanggungjawab kepada semua urusan draf gubalan, pindaan pewartaan undang-undang, bahan rujukan perundangan (warta, notis jurnal) diperlukan oleh Majlis Perbandaran Sepang agar bersesuaian dan praktikal mengikut perundangan semasa.
  • Mentadbir Pengurusan Kompaun.
  • Mentadbir Pengurusan Pendakwaan.
  • Menyelaras dan meneliti dokumentasi surat perwakilan kuasa kepada kakitangan Majlis Perbandaran Sepang supaya sentiasa relevan.
  • Menyelaras dan memantau urusan pentadbiran Unit Perundangan supaya dipatuhi mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ketua Unit : Puan Fazariza binti Muhamad Mujal


Objektif

  • Kami berjanji akan membantu sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang kepada tahap yang teratur dan berkesan dengan mematuhi dasar, peraturan dan undang-undang melalui Pemeriksaan, Penilaian dan Pelaporan ke atas Prosedur dan perlaksanaan kerja.

Ketua Unit : Encik Norrehan bin Amat Kasman

Objektif

  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan aktiviti perhubungan awam termasuk aduan awam, perkhidmatan kaunter, penerbitan, hebahan dan pengendalian media dengan cekap, telus, berkualiti dan berkesan supaya imej dan reputasi Majlis Perbandaran Sepang setanding dengan peringkat antarabangsa.
  • Merancang, menguruskan dan melaksanakan transformasi semua aktiviti yang melibatkan inovasi, kreativiti dan produktiviti supaya dapat menghasilkan perkhidmatan ataupun produk yang berkualiti tinggi serta dapat meningkatkan imej Majlis Perbandaran Sepang.

Fungsi

(PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)

  • Merancang, menyelaras dan memantau urusan perolehan dan kewangan di Jabatan bagi memastikan segala urusan perolehan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau pengurusan pentadbiran pejabat bagi membolehkan jabatan menjalankan fungsi yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan.

(PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL)

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program / acara / lawatan rasmi mengikut protokol bagi meningkatkan dan mengekalkan imej korporat Majlis Perbandaran Sepang.
  • Menyelaras dan melaksanakan perkhidmatan fotografi, liputan dan rakaman video terhadap semua aktiviti Majlis Perbandaran Sepang.
  • Merancang, menyelaras dan merangka reka bentuk bagi program/acara Majlis Perbandaran Sepang.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan cetakan dan cenderamata korporat Majlis Perbandaran Sepang.

(MEDIA, PROMOSI DAN PERHUBUNGAN AWAM)

  • Merancang dan memantau pelaksanaan program/ aktivti / pameran bagi meningkatkan imej korporat Majlis Perbandaran Sepang.
  • Memantau, menyelaras dan melaksanakan dokumentasi, pengiklanan dan penyaluran maklumat berkenaan Majlis Perbandaran Sepang.
  • Memantau, menyelaras dan melaksanakan analisis kepuasan pelanggan majlis bagi meningkatkan mutu pekhidmatan dan fasiliti yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sepang kepada penduduk Daerah Sepang.
  • Memantau, menyelaras dan memproses permohonan pelekat kenderaan OKU di daerah Sepang.

(ADUAN DAN PANGGILAN SETEMPAT)

  • Menyelia, menyelaras dan memantau pengurusan penerimaan dan perekodan aduan awam yang diterima.
  • Melaksanakan Program Hari Bertemu Pelanggan/ Town Hall Meeting / Majlis Dialog/ Majlis Mesra Bicara bersama komuniti di lokasi-lokasi terpilih di dalam kawasan pentadbiran MPSepang.
  • Melaksanakan penyediaan pelaporan data statistik aduan awam setiap bulan untuk agensi yang berkaitan.
  • Melaksanakan penyediaan statistik aduan awam untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa JPP Induk setiap bulan.
  • Menyelaras dan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Aduan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Merancang, menyelaras dan mengendalikan Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Aduan setiap tahun.
  • Menyelia dan menyelaras pengendalian Pusat Panggilan Setempat (Call centre) Majlis Perbandaran Sepang.

(PEMBANGUNAN KUALITI)

  • Merancang, menyelaras dan melaksana program inovasi di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan kualiti dan imej Majlis.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana Pelan Strategik Majlis Perbandaran Sepang bagi memastikan perancangan dan hala tuju Majlis dapat dicapai.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana Bengkel Sasaran Kerja Tahunan Majlis Perbandaran Sepang bagi memastikan pencapaian sasaran kerja tahunan dapat dilaporkan.
  • Merancang, menyelaras dan melaksana penilaian kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang bagi memastikan prestasi penyampaian perkhidmatan Majlis berada pada tahap yang terbaik.

(PENGURUSAN KUALITI)

  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan prosedur-prosedur MS ISO 9001:2015 bagi memastikan sistem pengurusan kualiti Majlis Perbandaran Sepang sentiasa dipatuhi dan mencapai standard pensijilan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program pengurusan kualiti Majlis Perbandaran Sepang bagi mempertingkatkan imej dan prestasi perkhidmatan Majlis agar mencapai standard yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan/kehendak pelanggan mengikut peredaran semasa.

Ketua Unit : Puan Suhana binti Mohd Ghazali

Objektif

  • Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap kerjasama, bersatupadu, berintegriti, bermoral dan beretika.
  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga MPSepang.
  • Menggalakkan semangat bertanggungjawab dikalangan warga MPSepang serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung pronsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Ketua Unit : Aziaton binti Shuib

Objektif

  • Unit yang bertanggungjawab kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain berkaitan.

Ketua Unit : Puan Nur Hidayati binti Dahalan

Objektif

  • Mewujudkan pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak yang cekap dan mematuhi prosedur selaras dengan matlamat dan dasar Majlis.

Ketua Unit : Encik Mohamad Shahidan bin Hashim


Objektif

  • Memastikan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur, tersusun dan berkesan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih, terpelihara dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan berstrata.