JABATAN MPSEPANG

Unit Audit Dalam

Ketua Unit : Puan Fazariza binti Muhamad Mujal


Objektif

  • Kami berjanji akan membantu sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang kepada tahap yang teratur dan berkesan dengan mematuhi dasar, peraturan dan undang-undang melalui Pemeriksaan, Penilaian dan Pelaporan ke atas Prosedur dan perlaksanaan kerja.

Unit Perundangan

Ketua Unit : Encik Mohd Nor Amirrudin bin Ab Karim

Objektif

  • Memberi nasihat perundangan kepada Majlis mengenai apa-apa perundangan yang dirujuk kepada jabatan bagi melindungi kepentingan Majlis.
  • Menyediakan dokumentasi surat perwakilan kuasa kepada penjawat Majlis.
  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan pewartaan undang-undang diperlukan dan pindaan undang-undang Majlis yang sedia ada.
  • Menguruskan dan mengemaskini bahan-bahan rujukan perundangan jabatan termasuk warta, notis jurnal dan sebagainya.
  • Memantau perkembangan kes bagi tunggakan cukai taksiran oleh panel peguam.
  • Memantau proses perjalanan kes-kes sivil oleh panel peguam dan bertanggungjawab mengendalikan semua urusan tindakan sivil Majlis sama ada bentuk tuntutan atau pembelaan yang dikemukakan oleh mahkamah.
  • Membantu Pesuruhjaya Bangunan dalam perlaksanaan tindakan di bawah Akta Bangunan & Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663)
  • Menyemak dan meneliti perjanjian supaya hak dan kepentingan Majlis terpelihara.
  • Menjalankan kerja-kerja selaras dengan Standard MS ISO 9001:2000 dan Standard MS ISO 9001:2008.
  • Menjalankan kursus dalaman kepada penjawat Majlis.
  • Mewakili Majlis di dalam pengurusan kes Lembaga Rayuan.
  • Mengurus segala hal perundangan yang diperlukan di bawah undang-undang Majlis termasuk hal-hal mengenai penguatkuasaan dan pendakwaan.
  • Menyelia, mengurus, mengemaskini data kompaun untuk Sistem Kompaun.
  • Menyelia, mengurus, mengemaskini data kompaun untuk Enforcement Performance Administration (EPA) (SPLK – Suasa Efektif).
  • Menjalankan siasatan bagi tujuan pendakwaan, menyediakan kertas siasatan, bahan bukti, fakta kes dan borang pengaduan.
  • Menjalankan pendakwaan di Mahkamah Rendah bagi pihak Timbalan Pendakwaraya bagi kesalahan yang dilakukan di bawah perundangan yang digunapakai.
  • Memastikan agar saman-saman diserahkan kepada orang-orang yang disaman dan penyampaian saman tersebut direkod dengan baik.
  • Memastikan urusan meletakkan jumlah kompaun diselesaikan dalam tempoh 10 minit.

Unit Pengurusan Maklumat

Ketua Unit : Puan Rosziana binti Bassin

Objektif

  • Memastikan kondisi rangkaian berjalan lancar. (Graph rangkaian).
  • Memastikan perkakasan komputer digunakan secara optimum. (Garis panduan pengagihan komputer).
  • Maklum balas perisian & rangkaian komputer dalam tempoh 2 jam bekerja. (untuk semua kategori masalah).

Unit Cawangan Pesuruhjaya Bangunan

Ketua Unit : Encik Mohamad Shahidan bin Hashim


Objektif

  • Memastikan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur, tersusun dan berkesan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih, terpelihara dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan berstrata.

Unit Pusat Setempat

Ketua Unit : Encik Badrul bin Rahim

Objektif

  • Unit yang bertanggungjawab kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain berkaitan.

Unit Integriti

Ketua Unit : Puan Suhana binti Ghazali

Objektif

  • Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap kerjasama, bersatupadu, berintegriti, bermoral dan beretika.
  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga MPSepang.
  • Menggalakkan semangat bertanggungjawab dikalangan warga MPSepang serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung pronsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Unit Tender Dan Kontrak

Ketua Unit : Puan Nur Hidayati binti Dahalan

Objektif

  • Mewujudkan pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak yang cekap dan mematuhi prosedur selaras dengan matlamat dan dasar Majlis.

Unit Korporat Dan Perhubungan Awam

Ketua Unit : Encik Norrehan bin Amat Kasman

Objektif

  • Menjadi penghubung antara majlis dan penduduk.
  • Mengeratkan hubungan antara MPSepang bersama orang awam / pelanggan.
  • Mengeratkan hubungan dengan pihak media agar aktiviti majlis mendapat liputan sewajarnya.
  • Memastikan penglibatan majlis dalam sebarang anugerah anjuran kerajaan negeri, kerajaan persekutuan atau di peringkat antarabangsa.
  • Mengemaskini semua pengiktirafan yang telah diperolehi.
  • Memastikan prosedur kerja Jabatan / Bahagian / Unit senantiasa ditambah baik bagi memudahkan urusan orang awam dan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan majlis dari masa ke semasa.
  • Menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja majlis.

Jabatan Pembangunan Masyarakat

Ketua Jabatan : Puan Zelda binti Mohd Zamri

Bahagian Pembangunan Sukan Dan Kemudahan Sukan
Ketua Unit : Encik Mohamad Firdaus bin Mohamad Marji

Bahagian Kebudayaan, Kesenian, Sosial Dan Pelancongan
Ketua Unit : Puan Norita Binti Ahmad Patanah

Bahagian Perpustakaan
Ketua Unit : –

Bahagian Logistik Dan Peralatan Pejabat
Ketua Unit : –

Objektif

  • Mengurus, melaksana, merancang dan menyelia program-program belia dan sukan.
  • Merancang dan melaksana program / aktiviti kebudayaan, kesenian, sosial dan pelancongan di kawasan MPSepang.
  • Merancang pelbagai aktiviti dan program pembangunan kemasyarakatan meliputi pelbagai kaum seluruh MPSepang
  • Memberi dan meyediakan perkhidmatan buku dan bahan perpustakaan serta menjalankan aktiviti untuk pengguna perpustakaan.
  • Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan komuniti dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan.

Jabatan Khidmat Pengurusan


Piagam Pelanggan

  • Menyediakan deraf minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 2 hari bekerja dan mengedarkan minit mesyuarat Majlis dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh mesyuarat.
  • Memproses Sebut Harga dan Tender dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga / Tender.
  • Memproses permohonan dan pelantikan baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup iklan.

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Ketua Bahagian : Puan Nor Suhaila binti Saat

Objektif

  • Merancang keperluan gunatenaga yang mencukupi, terlatih dan berkualiti ke arah mencapai kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
  • Memelihara kebajikan dan kepentingan perkhidmatan kakitangan melalui proses tawaran gaji dan elaun, pemberian taraf berpencen, urusan persaraan, peperiksaan, rekod perkhidmatan, kemudahan perubatan, urusan cuti, pengesahan jawatan dan penempatan kakitangan.
  • Melahirkan kakitangan yang produktif, berdisiplin dan berhemah tinggi melalui penguatkuasaan peraturan-peraturan pegawai awam, kelakuan dan tatatertib.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua permohonan dan pengambilan staf diproses tiga bulan dari tarikh iklan jawatan kosong dibuat.
  • Memastikan pengurusan Pentadbiran Pejabat mengikut undang-undang Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Memastikan semua permohonan cuti staf direkod dan difailkan dalam masa 24 jam.
  • Memastikan semua dokumen yang diperlukan bagi urusan persaraan dan pencen staf disediakan dua tahun sebelum tarikh persaraan.
  • Menyediakan jadual latihan dan kursus bagi staf pada setiap Disember.
BAHAGIAN KUALITI

Ketua Unit : Suhana Binti Mohd Ghazali

Objektif

  • Meningkatkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran sepang ke tahap yang membanggakan dengan melaksanakan penambahbaikan dalam proses kerja MPSepang dari semasa ke semasa.

Piagam Pelanggan

  • Menganjurkan program kualiti menyeluruh setiap 3 bulan bagi penambahbaikan proses kerja secara berterusan MPSepang.

BAHAGIAN PENTADBIRAN KEURUSETIAAN

Ketua Bahagian : Puan Zuhaileen binti Abdul Rashid

Objektif

  • Memberi yang terbaik dari segi pentadbiran bagi memastikan perjalanan dan semua urusan majlis berjalan lancar dan sempurna. Diantara fungsi-fungsi utama Bahagian Pentadbiran adalah memastikan segala kelengkapan dan peralatan pejabat sentiasa dalam keadaan mencukupi dan terkawal, keselamatan pejabat dan peralatan-peralatan majlis adalah terjamin, serta pengendalian segala mesyuarat berjalan dengan lancar.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua kutipan difailkan dengan kemas dan teratur.
  • Menyediakan dan mengedarkan draf minit dan notis kehadiran mesyuarat 24 jam sebelum mesyuarat. Membuka dan menyerahkan semua surat rasmi kepada Yang Dipertua Majlis ataupun Setiausaha hanya pada hari penghantaran.
  • Menjaga keselamatan pejabat dan peralatan.
  • Memproses semua permohonan pengguna kemudahan Majlis seperti dewan, kerusi dan kemah 24 jam dari tempoh permohonan.
  • Memberi jawapan untuk permohonan penggunaan kenderaan Majlis serta-merta.
  • Menyiasat laporan dalam masa tujuh hari bekerja.

Jabatan Perbendaharaan

Ketua Jabatan : YM Raja Zulhelmi bin Raja Saleh

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan Majlis yang efisyen dan berkesan selaras dengan tatacara dan prosedur kewangan yang digunapakai.

Piagam Pelanggan

  • Meluluskan permohonan bayaran Cukai Taksiran secara ansuran serta merta
  • Memproses bayaran balik cagaran dalam tempoh 7 hari
  • Memproses bayaran kepada pembekal setelah dokumen lengkap diterima di Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh
    7 hari

Jabatan Penguatkuasaan

Ketua Jabatan : Encik Mohd Azran bin Haji Musa


Objektif

  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai yang telah diperturunkan kuasa oleh Majlis di dalam kawasan pentadbirannya ke arah mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi tujuan perniagaan, kediaman dan perindustrian.

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

Ketua Jabatan : Encik Mohd Fahmy bin Tumut

Objektif

  • Memastikan semua pegangan yang tidak dikecualikan daripada kadar di dalam kawasan Majlis dinilai dengan adil dan munasabah bagi maksud kadaran dan harta-harta Majlis diuruskan secara optima.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan semua pegangan dinilai dalam tempoh 7 bulan daripada CCC.
  • Memastikan permohonan remisi diproses dan diputuskan mengikut tempoh 1 bulan selepas penggal taman.
  • Memastikan caruman membantu kadar kutipan 100 peratus.
  • Memastikan kontraktor penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memastikan Kutipan sewa bulanan mencapai 80 peratus.
  • Memastikan tawaran dibuat selepas 14 hari Jawatankuasa pemilihan penyewa memilih penyewa yang layak.

Jabatan Kawalan Bangunan

Ketua Jabatan : Sulaiman bin Abi Hashim

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Jabatan Landskap

Ketua Jabatan : Cik Arefah Binti Rahim

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Jabatan Kesihatan Persekitaran

Ketua Jabatan : Kuzaini Bin Hamidon

Objektif

Berkolabrasi bersama warga Daerah Sepang untuk menjadikan Daerah Sepang sebuah Daerah yang bersih, cantik, hijau, dan tersusun dengan adanya satu kawalan pembangunan landskap yang dapat memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada penduduk di samping memastikan pembangunan yang dibangunkan tidak menjejaskan alam semulajadi.

Piagam Pelanggan

  • Melaksanakan aktiviti kawalan denggi dalam tempoh 48 jam selepas kes dilaporkan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Lesen Anjing yang lengkap secara serta-merta.
  • Menerima, menyiasat dan memberi maklum balas ke atas aduan awam di dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Menjalankan pemeriksaan dan pengauditan tandas awam sebanyak 10 unit setiap bulan.

Jabatan Perancangan Bandar

Ketua Jabatan : Puan Rozeta Binti Md Yusof

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 30 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditetapkan dalam tempoh 15 hari sehingga ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah Sepang / Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dalam tempoh 15 hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan dalam tempoh 15 hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh 15 hari.

Jabatan Kejuruteraan

Ketua Jabatan : Encik Ahmad Saifunazif bin Mat Yatim


Piagam Pelanggan

  • Proses permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan yang lengkap dan mematuhi syarat- syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 60 hari bekerja.
  • Proses permohonan kelulusan pelan lampu awam yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 30 hari berkerja.
  • Pengakuan penerimaan pelan struktur yang lengkap dan mematuhi syara-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Proses pemohonan kelulusan permit korekan jalan dan permit laluan yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Poses permohonan ambilalih infrastruktur yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari berkerja.
  • Memberi ulasan kebenaran merancang yang diterima daripada OSC dalam tempoh 14hari bekerja.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan jalan, longkang, lampu jalan, lampu isyarat, dan tebing runtuh dalam masa 48 jam / hari bekerja.

Jabatan Pelesenan

Ketua Jabatan : Encik Noor Halif bin Noorzan

Objektif

  • Memastikan kerja-kerja memproses permohonan kelulusan dan pengeluaran Lesen Tred Perniagaan / Iklan / Penjaja / Hiburan dan lain-lain dilaksanakan dengan teratur dan cekap dalam tempoh 14 hari bekerja dan serta merta (bagi yang tidak berisiko) bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berhubung dengannya.

Misi

Memastikan Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan bagi meningkatkan kutipan hasil lesen yang tinggi kepada Majlis.

Visi

Melesenkan semua jenis lesen-lesen perniagaan yang terdapat di kawasan MPSepang dan memantau lesen-lesen yang telah diluluskan tanpa melanggar syarat yang ditetapkan.

Fungsi

  1. Menerima permohonan lesen seperti Lesen Tred Perniagaan Dan Perindustrian, Lesen Iklan, Lesen Penjaja, Lesen Hiburan, Lesen Pasar Malam / Sari, Permit Sementara dan lain-lain.
  2. Memproses setiap jenis permohonan lesen dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang telah lengkap mengikut senarai semak yang sedia ada.
  3. Membuat lawatan tapak ke premis kedai baru bagi melihat jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan dan melihat kebersihan premis kedai.
  4. Membuat laporan lawatan tapak dengan menyediakan gambar-gambar premis kedai dan aktiviti yang dilakukan.
  5. Menjalankan pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan bagi semua jenis lesen yang telah diluluskan agar tidak melanggar syarat-syarat kelulusan.
  6. Menyelenggara dan mengurus penjaja-penjaja kecil melalui penempatan semula dan melesenkan semua penjaja yang dikenalpasti.
  7. Menguruskan dan melesenkan peniaga pasar malam dan pasar sari.
  8. Menguruskan peniaga-peniaga pasar awam yang terdapat di Sepang seperti di Pekan Salak, Pekan Dengkil, Pekan Sepang dan Pekan Sungai Pelek.
  9. Bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan bagi menjalankan operasi pemantauan terhadap premis-premis yang berlesen dan mengenakan tindakan undang-undang bagi premis tanpa lesen.
  10. Menjalankan Unit Pemeriksaan Lesen untuk membuat rondaan dan pemantauan kesemua kawasan samada penjaja / premis kedai / iklan billboard / unipolle / iklan bunting / banner dan lain-lain.
  11. Menyiasat aduan-aduan awam berkenaan dengan pelesenan.

Senarai Lesen Perniagaan Hiburan

  1. Lesen Live Band / Pub
  2. Lesen Karaoke
  3. Lesen Snuker
  4. Lesen Pertunjukan Pentas ( Wayang / Opera Cina, Tempat Terbuka )
  5. Pusat Bowling
  6. Taman Tema
  7. Disko / Lounge
  8. Pesta Ria
  9. Sarkas
  10. Panggung Wayang

Senarai Lesen Perniagaan Penjaja

  1. Penjaja Statik
  2. Penjaja Bergerak
  3. Penjaja Sementara

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta
( Tanpa Syarat Khusus Senarai A )

  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Aksesori Kereta (Jual Sahaja)
  3. Kedai Aksesori Wanita
  4. Kedai Alat-Alat Sukan
  5. Kedai Barangan Hiasan / Hiasan Dalaman
  6. Kedai Barangan Elektrik
  7. Kedai Alat Hawa Dingin
  8. Kedai Barangan Plastik Dan Pinggan Mangkuk
  9. Kedai Basikal
  10. Kedai Bingkai Gambar
  11. Kedai Bot / Jet Ski (Jual Sahaja)
  12. Kedai Buku Dan Alat Tulis
  13. Kedai Bunga
  14. Kedai Cermin Mata
  15. Kedai Dobi
  16. Kedai Emas
  17. Kedai Gambar
  18. Kedai Gunting Rambut < 3 Kerusi
  19. Kedai Gunting Rambut > 3 Kerusi
  20. Kedai Jahit Pakaian
  21. Kedai Jual Batu Nesan Dan Keranda
  22. Kedai Jual Ubatan Cina / Ubatan Tradisional
  23. Kedai Kasut
  24. Kedai Kawalan Serangga (Jual Sahaja)
  25. Kedai Komputer (Jual Sahaja)
  26. Kedai Kraftangan / Cenderamata
  27. Kedai Kunci
  28. Kedai Mainan Kanak-Kanak
  29. Kedai Menjual Permaidani / Cermin
  30. Kedai Pakaian / Butik
  31. Kedai Perabot
  32. Kedai Peralatan Rumah / Dapur
  33. Kedai Fotostat
  34. Kedai Plumbing / Hardware (Jual Sahaja)
  35. Kedai Runcit
  36. Pasar Mini (Jual Ikan Dan Sayur)
  37. Kedai Sekolah Jahitan
  38. Kedai Telefon / AksesoriI
  39. Pasar (Pasaraya) > 2 pintu
  40. Pasar (Persendirian) – Termasuk Pakaian
  41. Pejabat Urusan
  42. Insurans
  43. Butik (Pakaian / Kasut / Kosmetik)
  44. Stor (Tidak Berisiko)
  45. Kedai Kelengkapan Bilik Mandi
  46. Kedai Perhiasan Lampu
  47. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  48. Kedai Akuarium
  49. Pusat Senaman / Aerobik
  50. Kedai Jubin
  51. Kedai Bahan-Bahan Besi / Logam
  52. Kedai Jual Kereta / Motosikal Baru
  53. Pusat Studio Muzik / Rakaman
  54. Restoran / Kedai Kopi Dan Kedai Makan
  55. Taska / Tadika / Pusat Tuisyen
  56. Farmasi / Kedai Ubat

Perhatian : Penyerahan Borang Permohonan Lesen Serta Merta hendaklah dibuat sebelum pukul 3:00 petang pada setiap hari. Semua dokumen yang dikehendaki hendaklah lengkap. Sekiranya tuan / puan gagal menyediakan dokumen yang lengkap, pihak kami tidak dapat menerima permohonan tersebut. Kerjasama tuan / puan kami ucapkan terima kasih.

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta (Dengan Syarat Khusus Senarai B)

  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangan (Jual Sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska