Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan

mail   Emel       Cetak
Jabatan Penguatkuasaan

Ketua Jabatan : Encik Mohd Azran bin Haji Musa

Carta Organisasi

Objektif
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang digunapakai yang telah diperturunkan kuasa oleh Majlis di dalam kawasan pentadbirannya ke arah mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif bagi tujuan perniagaan, kediaman dan perindustrian.

Piagam Pelanggan

  • Menguruskan penerimaan, pengedaran dan maklum balas aduan awam yang diterima dan diselesaikan dalam tempoh 7 hari.
  • Menguruskan dokumen lengkap bagi tuntutan barang sitaan dan kenderaan tunda dalam tempoh 15 minit.
  • Proses  pemasangan kelengkapan tunda pada  kenderaan yang ditunda sehingga kenderaan tersebut dialihkan  dalam tempoh 15 minit setelah kesalahan dikenalpasti
  • Pengeluaran Notis Kesalahan serta merta setelah kesalahan dikenalpasti.

Jabatan Pelesenan

Ketua Jabatan : Encik Noor Halif bin Noorzan

Carta Organisasi

Objektif

  • Memastikan kerja-kerja memproses permohonan kelulusan dan pengeluaran Lesen Tred Perniagaan / Iklan / Penjaja / Hiburan dan lain-lain dilaksanakan dengan teratur dan cekap dalam tempoh 14 hari bekerja dan serta merta (bagi yang tidak berisiko) bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan dan undang-undang yang berhubung dengannya.

Piagam Pelanggan

  • Semua permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja (keputusan termasuk lulus, tangguh dan tolak.
  • Permohonan bagi lesen tidak berisiko yang telah lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diberi keputusan serta merta.
  • Jumlah permohonan dan pengeluaran lesen dalam tempoh 14 hari.
  • Jumlah permohonan dan pengeluaran lesen serta merta.

Misi

Memastikan Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan bagi meningkatkan kutipan hasil lesen yang tinggi kepada Majlis.

Visi

Melesenkan semua jenis lesen-lesen perniagaan yang terdapat di kawasan MPSepang dan memantau lesen-lesen yang telah diluluskan tanpa melanggar syarat yang ditetapkan.


Fungsi

  1. Menerima permohonan lesen seperti Lesen Tred Perniagaan Dan Perindustrian, Lesen Iklan, Lesen Penjaja, Lesen Hiburan, Lesen Pasar Malam / Sari, Permit Sementara dan lain-lain.
  2. Memproses setiap jenis permohonan lesen dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang telah lengkap mengikut senarai semak yang sedia ada.
  3. Membuat lawatan tapak ke premis kedai baru bagi melihat jenis aktiviti perniagaan yang dijalankan dan melihat kebersihan premis kedai.
  4. Membuat laporan lawatan tapak dengan menyediakan gambar-gambar premis kedai dan aktiviti yang dilakukan.
  5. Menjalankan pemantauan, pengawasan dan penguatkuasaan bagi semua jenis lesen yang telah diluluskan agar tidak melanggar syarat-syarat kelulusan.
  6. Menyelenggara dan mengurus penjaja-penjaja kecil melalui penempatan semula dan melesenkan semua penjaja yang dikenalpasti.
  7. Menguruskan dan melesenkan peniaga pasar malam dan pasar sari.
  8. Menguruskan peniaga-peniaga pasar awam yang terdapat di Sepang seperti di Pekan Salak, Pekan Dengkil, Pekan Sepang dan Pekan Sungai Pelek.
  9. Bekerjasama dengan Bahagian Penguatkuasaan bagi menjalankan operasi pemantauan terhadap premis-premis yang berlesen dan mengenakan tindakan undang-undang bagi premis tanpa lesen.
  10. Menjalankan Unit Pemeriksaan Lesen untuk membuat rondaan dan pemantauan kesemua kawasan samada penjaja / premis kedai / iklan billboard / unipolle /  iklan bunting / banner dan lain-lain.
  11. Menyiasat aduan-aduan awam berkenaan dengan pelesenan.

 Senarai Lesen Perniagaan Hiburan

  1. Lesen Live Band / Pub
  2. Lesen Karaoke
  3. Lesen Snuker
  4. Lesen Pertunjukan Pentas ( Wayang / Opera Cina, Tempat Terbuka )
  5. Pusat Bowling
  6. Taman Tema
  7. Disko / Lounge
  8. Pesta Ria
  9. Sarkas
  10. Panggung Wayang

 Senarai Lesen Perniagaan Penjaja

  1. Penjaja Statik
  2. Penjaja Bergerak
  3. Penjaja Sementara

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta
( Tanpa Syarat Khusus Senarai A )

  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Aksesori Kereta (Jual Sahaja)
  3. Kedai Aksesori Wanita
  4. Kedai Alat-Alat Sukan
  5. Kedai Barangan Hiasan / Hiasan Dalaman
  6. Kedai Barangan Elektrik
  7. Kedai Alat Hawa Dingin
  8. Kedai Barangan Plastik Dan Pinggan Mangkuk
  9. Kedai Basikal
  10. Kedai Bingkai Gambar
  11. Kedai Bot / Jet Ski (Jual Sahaja)
  12. Kedai Buku Dan Alat Tulis
  13. Kedai Bunga
  14. Kedai Cermin Mata
  15. Kedai Dobi
  16. Kedai Emas
  17. Kedai Gambar
  18. Kedai Gunting Rambut < 3 Kerusi
  19. Kedai Gunting Rambut > 3 Kerusi
  20. Kedai Jahit Pakaian
  21. Kedai Jual Batu Nesan Dan Keranda
  22. Kedai Jual Ubatan Cina / Ubatan Tradisional
  23. Kedai Kasut
  24. Kedai Kawalan Serangga (Jual Sahaja)
  25. Kedai Komputer (Jual Sahaja)
  26. Kedai Kraftangan / Cenderamata
  27. Kedai Kunci
  28. Kedai Mainan Kanak-Kanak
  29. Kedai Menjual Permaidani / Cermin
  30. Kedai Pakaian / Butik
  31. Kedai Perabot
  32. Kedai Peralatan Rumah / Dapur
  33. Kedai Fotostat
  34. Kedai Plumbing / Hardware (Jual Sahaja)
  35. Kedai Runcit
  36. Pasar Mini (Jual Ikan Dan Sayur)
  37. Kedai Sekolah Jahitan
  38. Kedai Telefon / AksesoriI
  39. Pasar (Pasaraya) > 2 pintu
  40. Pasar (Persendirian) - Termasuk Pakaian
  41. Pejabat Urusan
  42. Insurans
  43. Butik (Pakaian / Kasut / Kosmetik)
  44. Stor (Tidak Berisiko)
  45. Kedai Kelengkapan Bilik Mandi
  46. Kedai Perhiasan Lampu
  47. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  48. Kedai Akuarium
  49. Pusat Senaman / Aerobik
  50. Kedai Jubin
  51. Kedai Bahan-Bahan Besi / Logam
  52. Kedai Jual Kereta / Motosikal Baru
  53. Pusat Studio Muzik / Rakaman
  54. Restoran / Kedai Kopi Dan Kedai Makan
  55. Taska / Tadika / Pusat Tuisyen
  56. Farmasi / Kedai Ubat

Perhatian : Penyerahan Borang Permohonan Lesen Serta Merta hendaklah dibuat sebelum pukul 3:00 petang pada setiap hari. Semua dokumen yang dikehendaki hendaklah lengkap. Sekiranya tuan / puan gagal menyediakan dokumen yang lengkap, pihak kami tidak dapat menerima permohonan tersebut. Kerjasama tuan / puan kami ucapkan terima kasih.

Senarai Lesen Perniagaan Serta-Merta (Dengan Syarat Khusus Senarai B)
  1. Kedai Aiskrim
  2. Kedai Kawalan Serangan (Jual Sahaja)
  3. Kedai Runcit / Pasar Mini
  4. Kedai Produk Kesihatan / Makanan Kesihatan
  5. Restoran / Kedai Makan
  6. Tadika / Taska