Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Muhibbah, Dengan rasa berbesar hati saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada pengunjung-pengunjung laman web rasmi Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Tujuan laman web ini diwujudkan adalah untuk membolehkan pengunjung memperolehi maklumat terkini berkenaan pembangunan setempat di samping menyediakan info terkini dalam pelbagai bentuk seperti berita dan laporan. Ini juga merupakan medium untuk menerangkan kepada umum mengenai peranan yang dimainkan oleh MPSepang dalam proses pembangunan yang komprehensif di Daerah Sepang selari dengan slogan MPSepang "Pemangkin Pembangunan Lestari". | 
|
Melalui laman web ini juga, para pengunjung dapat mengetahui dengan lebih jelas maklumat mengenai objektif, aktiviti serta program yang dilaksana dan dianjurkan oleh MPSepang dalam pelbagai acara seperti sukan, sosial, budaya, rekreasi dan lain-lain yang boleh dilayari dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris. Di samping itu pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat asas di antaranya adalah senarai Ahli-Ahli Majlis MPSepang, Zon-zon kawasan Ahli Majlis, serta maklumat korporat dan jabatan di MPSepang. Di samping itu juga, maklumat-maklumat terkini disediakan kepada pelancong, penduduk setempat dan sektor swasta seperti senarai kedai makanan, tempat-tempat menarik, info peta serta panduan memulakan perniagaan di Sepang. Selain itu, laman web ini juga menyediakan perkhidmatan atas talian atau e-perkhidmatan untuk kemudahan pengguna atau pengunjung yang menglibatkan perkhidmatan merentasi agensi kerajaan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membolehkan perlaksanaannya dengan lebih berkesan, cepat serta dapat mengurangkan karenah birokrasi. Antara e-perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung, khasnya penduduk Sepang adalah perkhidmatan atas talian bagi aduan, bayaran cukai taksiran, bayaran kompaun, permohonan atas talian dan sebagainya yang memerlukan pengguna mendaftarkan ID pengguna terlebih dahulu. Saya sekali lagi mengalu-alukan semua pengunjung untuk melayari laman web MPSepang dan adalah diharapkan maklumat yang diingini dapat diperolehi dan laman web ini didapati berguna. Pihak MPSepang juga bersedia menerima sebarang idea atau cadangan untuk memperbaiki kualiti laman web ini. Terima kasih atas sokongan anda. Selamat melayari laman web MPSepang, MOHD SAYUTHI BIN BAKAR Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Sepang |