Kiosk Pembayaran Layan Diri MPSepang

3 Unit Kiosk Pembayaran Layan Diri MPSepang mula dioperasikan dan digunapakai pada mulai 14 September 2018 – Jumaat. Kiosk ini boleh menerima bayaran merangkumi modul pembayaran seperti berikut :
 
1. Cukai Taksiran
2. Kompaun
3. Sewaan
4. Bil Pelbagai
5. Cagaran ( Tunai Sahaja )
 
Penempatan kiosk adalah 2 unit di lobi Aras 1 dan 1 unit di lobi Aras 2 MPSepang. Setiap kiosk beroperasi dengan dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .