PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Sepang Sesi 2016 / 2018

LATAR BELAKANG PENUBUHAN PeBT

Penggerak Belia Tempatan (PeBT) ditubuhkan selaras dengan arahan YAB Dato’ Menteri Besar dalam usaha membangunkan belia di negeri Selangor.

Tujuan penubuhan PeBT adalah untuk merancang dan menggerakkan program-program pembangunan belia secara menyeluruh di seluruh negeri Selangor.

PeBT juga merupakan jentera pelaksanaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar berkaitan pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi.

Pengerusi PeBT peringkat Zon  adalah individu yang dipilih dan dilantik oleh  Penggerak Belia Negeri Selangor. Beliau berperanan sebagai:

i.Mempengerusi mesyuarat Penggerak Belia Tempatan Peringkat Zon;
ii.Melantik Ahli Jawatankuasa  Kerja Penggerak Belia Tempatan Peringkat Zon;
iii.Merancang program yang bermanfaat kepada belia setempat;
iv.Menyampaikan maklumat kepada belia akan segala pengumuman, pelaksanaan projek dan aktiviti kerajaan;
v.Membentuk jaringan serta perkongsian pintar dengan belia setempat, persatuan dan badan- badan  yang berkaitan;
vii.Menghadiri mana-mana mesyuarat/ kursus/ program yang diwajibkan ke atasnya.
Pengerusi hendaklah mengemukakan surat tunjuk sebab sekiranya tidak dapat menghadirkan diri dan mestilah digantikan dengan minit kepada Timbalan Pengerusi PeBT peringkat Zon sahaja;
viii.Memastikan peruntukan yang diperuntukan diguna dengan mengikut prosedur kerajaan;
ix.Membimbing golongan belia agar tidak terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral dan gejala sosial; dan
x.Membantu golongan belia yang berpotensi untuk maju dengan mendapatkan peluang-peluang