Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat-pelawat Laman Web Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang ke Laman Web MPSepang dan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung laman web ini. Semoga laman web yang tersedia ini menjadi kemudahan kepada semua melalui maklumat – maklumat dan perkhidmatan atas talian disediakan. Dalam usaha mendekati masyarakat dan memperluaskan saluran perkhidmatan MPSepang telah menubuhkan tiga pejabat cawangan di Taman Putra Perdana, BBST dan Sungai Pelek. Melalui penubuhan tiga pejabat cawangan ini diharapkan akan memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan seperti pembayaran cukai, memperbaharui lesen, aduan awam, bayaran kompaun dan permohonan pengubahsuaian bangunan. |