Untitled Document

LAMAN WEB RASMI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Untitled Document
 
Untitled Document
Untitled Document
KEMUDAHAN AWAM
- Gerai
- Stadium
- Pasar
- Dewan
- Padang
PERKHIDMATAN MAJLIS
Kebenaran merancang
Penamaan taman dan jalan
Kelulusan pelan bangunan
Sijil kelayakan menduduki bangunan
Pelan kerja tanah
Pelan infrastruktur
Permit korekan jalan
Lampu hiasan untuk musim perayaan
Lampu jalan dan lampu isyarat
Cukai taksiran
Pindah milik dan tukar alamat
Carian maklumat harta
Kerja–kerja pembersihan dan penyelenggaraan
Aduan–aduan kerosakan
Penyewaan harta Majlis
Pencegahan kawasan penyakit–penyakit berjangkit
Kawalan mutu makanan
Pengawalan pencemaran udara, bunyi dan air
Lesen perniagaan, hiburan, iklan dan penjaja
Mengurus pentadbiran medan selera, gerai, pasar pagi, pasar malam dan PLB
Penganjuran kursus–kursus kepada pemohon lesen premis makanan

DIREKTORI MAJLIS

TAWARAN TENDER

E-ADUAN

MS ISO 9001 : 2000

AGENDA 21

KADAR SEWAAN

LANDSKAP

Kata-Kata Aluan YDP | Latarbelakang | Piagam Pelanggan | Organisasi | JPP

Info MPSepang > Kata-Kata Aluan Yang DiPertua Majlis

 
YDP
YANG DIPERTUA MPSEPANG
TN AZIZAN B MOHAMAD SIDIN

Selamat datang ke laman web Majlis Perbandaran Sepang dan terima kasih atas kunjungan anda.

Selaku Yang Dipertua, saya amat berbesar hati kerana dapat menyediakan laman web Majlis Perbandaran Sepang yang boleh dihubungi dan dikunjungi oleh orang ramai dari seluruh dunia. Adalah diharapkan melalui laman web ini orang ramai akan lebih mendekati mengenai Majlis Perbandaran Sepang. Majlis Perbandaran Sepang merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang semakin penting dan mempunyai tanggungjawab yang berat dan mencabar. Ini adalah kerana dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang terletaknya Kuala Lumpur International Airport (KLIA) yang merupakan lapangan terbang terbesar dan tercanggih di Asia. Selain daripada itu, Bandar Bistari yang dikenali sebagai Bandar Cyberjaya, Airport City, Cybervillage, Bio Valley dan Hi Tech Park juga terletak di dalam kawasan Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan projek nasional Negara. Litar Formula 1 Sepang adalah litar unggul, terkemuka dan bertaraf antarabangsa yang juga terletak di Perbandaran Sepang di samping berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Selain daripada itu, usaha untuk menjadikan Daerah Sepang sebagai sebuah destinasi pelancongan terkemuka, pusat kecemerlangan pendidikan, peneraju Teknologi Maklumat terus akan dijadikan agenda utama pembangunan. Pemilihan Daerah Sepang dalam Lembah Klang Ke Dua sudah pasti menjanjikan mara kehadapan yang penuh gemilang kepada masyarakat setempat. Pihak Majlis berjanji dan akan berusaha untuk memberi perkhidmatan  dan menyediakan kemudahan serta infrastruktur yang terbaik untuk kegunaan orang ramai seiring dengan Negeri Selangor Maju.

Justeru itu, sukacita saya mempersilakan anda sekalian melayari laman web Majlis Perbandaran Sepang. Teguran dan pandangan dari anda sangat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN, SMS, AMS
 
Jumlah Pelawat Hari Ini : 0000113
Jumlah Keseluruhan Pelawat (Sejak 01/03/2006) : 0157060

 Tarikh akhir laman web ini telah dikemaskini adalah pada : 10hb November 2008, Isnin, 10.00 pagi

PENAFIAN
Majlis Perbandaran Sepang tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakkan di atas penggunaan apa jua maklumat yang terpapar di dalam kandungan laman ini.
 
HAKMILIK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG SEJAK 2005