Untitled Document
 |
KEMUDAHAN AWAM
- Gerai
- Stadium
- Pasar
-
Dewan
- Padang |
PERKHIDMATAN MAJLIS
|
| – | Kebenaran merancang |
| – | Penamaan taman dan jalan |
| – | Kelulusan pelan bangunan |
| – | Sijil kelayakan menduduki bangunan |
| – | Pelan kerja tanah |
| – | Pelan infrastruktur |
| – | Permit korekan jalan |
| – | Lampu hiasan untuk musim perayaan |
| – | Lampu jalan dan lampu isyarat |
| – | Cukai taksiran |
| – | Pindah milik dan tukar alamat |
| – | Carian maklumat harta |
| – | Kerja–kerja pembersihan dan penyelenggaraan |
| – | Aduan–aduan kerosakan |
| – | Penyewaan harta Majlis |
| – | Pencegahan kawasan penyakit–penyakit berjangkit |
| – | Kawalan mutu makanan |
| – | Pengawalan pencemaran udara, bunyi dan air |
| – | Lesen perniagaan, hiburan, iklan dan penjaja |
| – | Mengurus pentadbiran medan selera, gerai, pasar pagi, pasar malam dan PLB |
| – | Penganjuran kursus–kursus kepada pemohon lesen premis makanan |
|
|
DIREKTORI MAJLIS
TAWARAN
TENDER
E-ADUAN
MS ISO 9001 : 2000
AGENDA 21
KADAR SEWAAN
LANDSKAP |
|
|
|
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG (MPSepang) merupakan
sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk
memberikan perkhidmatan perbandaran kepada warga
Sepang. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan, MAJLIS
PERBANDARAN SEPANG bertanggungjawab terhadap
Perancangan, Pembangunan dan Khidmat Masyarakat.
Pada mulanya ia dikenali sebagai
Lembaga Bandaran Sepang dan kemudian dikenali dengan
nama Majllis Daerah Sepang. Kelulusan Pihak Berkuasa
Negeri Selangor melalui mesyuarat MMKN 30/2002
bertarikh 13hb November 2002 telah menaiktaraf MDS
kepada MPSepang. Perakuan Suruhanjaya Pilihanraya
melalui surat Bil.SPR(S)172/Jilid5/(30) bertarikh
7hb Mei 2003 turut dirujuk bagi kenaikan taraf ini.
Akhirnya, Perakuan Jawatankuasa Pembangunan
Cyberjaya dalam mesyuaratnya Bil.3/2002 yang
dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha
Negara mengesahkan tentang kenaikan taraf MPSepang
dan tanggal 3hb Mac 2005 MDS
dinaiktaraf kepada MPSepang dan seluruh kawasan
Daerah Sepang adalah meliputi kawasan MPSepang iaitu
seluas 59,966 kilometer persegi. |
| |
|
Aktiviti Utama |
|
-
Merancang dan mengawal
pembangunan secara tersusun, sejahtera dan seimbang.
-
Menyediakan kemudahan prasarana
yang lengkap dan terkini bagi menggalakkan
pertumbuhan sosio-ekonomi bagi Warga Perbandaran.
-
Menyediakan perkhidmatan
kawalselia kebersihan dan kesihatan serta kawalan
penyakit berjangkit dengan berkesan dan menyeluruh.
-
Menyediakan landskap yang indah
dan menarik.
-
Melaksanakan pencukaian dan
pengurusan harta sebagai sumber utama hasil.
-
Melesenkan dan mengawal aktiviti
perniagaan, iklan dan penjaja.
-
Menguatkuasakan undang-undang
dengan tegas, adil dan saksama.
|
|
Bunga Rasmi MPSepang |
|
Nama Saintifik -
Delonix Regia
Nama Tempatan
- Bunga Semarak Api
Bunga Semarak Api (Delonix Regia) telah dipilih
sebagai bunga rasmi Majlis Perbandaran Sepang dan
penamaannya telah disempurnakan oleh DYMM
Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Alhaj, Pemangku Raja Selangor pada 16 September 1999. |
 |
|