Bahasa : Melayu | English | Lain Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
Sejarah Sepang
 

Daerah SepangDaerah Sepang adalah daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di bahagian selatan Negeri Selangor Darul Ehsan, bersempadan dengan Daerah Hulu Langat, Daerah Kuala Langat dan Daerah Petaling. Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 Jika dilihat dari pandangan atas, Daerah Sepang adalah berbentuk hulu sebatang keris, memanjang ke arah selatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sempadan sebelah timur sehingga ke kampung Sg. Buah/Bukit Unggul.

Di sebelah baratnya pula, adalah Daerah Kuala Langat, sementara Daerah PetalinDaerah Sepangg menjadi jiran di sebelah utara. Di sebelah selatan pula, Daerah Sepang terbuka menghadap Selat Melaka.Mengikut sejarah awal, nama Daerah Sepang diambil bersempena dengan nama pokok yang banyak tumbuh di daerah ini, iaitu pokok Sepang. Pada awalnya, daerah ini merupakan kawasan-kawasan daerah kecil Kuala Langat (Mukim Sepang dan Mukim Labu) dan Hulu Langat (Mukim Dengkil). Kawasan-kawasan ini kemudian digabungkan menjadi satu daerah baru. Daerah Sepang mencapai taraf Daerah sepenuhnya pada 1 Januari 1975.

Semasa awal penubuhannya, Pusat Pentadbiran Daerah Sepang terletak di Pekan Sepang. Apabila Kerajaan Persekutuan telah memilih Daerah Sepang untuk menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pusat Pentadbiran Daerah Sepang telah dipindahkan ke Bandar Baru Salak Tinggi yang juga dikenali sebagai Bandar Lapangan Terbang (Airport City). Pada 15 April 2008, Majlis Perbandaran Sepang telah berpindah ke lokasi baru iaitu Cyberjaya.

Bookmark and Share
Halaman ini telah dicapai : 9749
Tarikh kemaskini : 20 Mei 2011
  

Calendar

Waktu Solat

  bullet Buletin Semarak Api            bullet Buletin Mutiara                         bullet Keratan Akhbar  
             
   bulletFoto   bullet Audio   bullet Video  
                 
  bulletInfo Bulanan MPSepang             
  bulletPengiktirafan ISO 9001:2000
  bulletPrestasi Pencapaian Piagam Pelanggan
  bulletPeta Panduan Jalan di Cyberjaya
 
             
  bulletPrice Watch
  bulletBorang Emel    
 
             
             
  bulletMAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
    Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
    63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
    Telefon   : 03-8319 0200 / 03-8319 0300
    Faksimili : 03-8319 0220
 

bullet Maklum Balas Umum :

 

bullet Maklum Balas Mengenai Laman Web :

 

 bulletPeta Lokasi Majlis Perbandaran Sepang : - Imej Peta Lokasi    - Google Maps                                              bulletBuku Pelawat

 

Kandungan Jurnal

mygoverment   portal selangor   KPKT   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   MSC   Business Licensing Electronic Support System   Jobs Malaysia   MyID

 

W3C :
w3c
Teks Suara :
icon2
Saiz Tulisan :
icon3 icon4 icon5
Warna Tulisan :
icon6 icon7 icon8 #language("setsemula")title=#language("setsemula")
Skema Warna :
alttext alttext alttext alttext
Latar Belakang :
icon9 icon10 #language("setsemula")title=#language("setsemula")