Antara tempat-tempat penginapan yang terdapat di Daerah Sepang ialah :
Bajet
* Transit Service Centre, 8 Jalan Airport City 2, Airport City Business Centre, Kota Warisan. Tel: 603-87064288. Harganya sangat berpatutan, dekat dengan KLIA, persekitaran yang ceria, perjalanan dari dan ke KLIA/ LCCT turut disediakan.
* Tune Hotel KLIA - LCCT, bersebelahan Low Cost Terminal (Terminal Harga Murah). Ianya dimiliki oleh Air Asia, dan sudah tentu anda boleh mendapat bilik-bilik berharga murah dan bersih, kakitangan yang sentiasa tersenyum, katil-katil empuk, tidak termasuk caj lebih bagi pelbagai kemudahan agak mewah seperti penghawa dingin, tuala tebal dan sarapan. Harganya adalah seperti Air Asia sendiri, berbeza-beza mengikut masa tempahan. Ia mungkin serendah RM10, sedangkan harga bagi tempahan lewat adalah disekitar RM70 bagi katil untuk seorang.
Sederhana
* Airside Transit Hotel, KLIA Satellite Building (berhampiran pintu C3), tel. +60-3-87874848. Hotel transit 80 bilik ini berada di dalam kawasan lapangan terbang sendiri, iaitu sebelum sampai ke pusat imigresen, jadi ia amat sesuai bagi mereka yang bertukar penerbangan (dan bukan untuk perkara lain). Bilik biasa untuk 2 orang adalah RM140 bagi 6 jam.
* Concorde Inn KLIA, tel. +60-3-87833118. Ini adalah kombinasi sebuah tempat peranginan dengan sebuah asrama. Hotel 3 bintang ini hanya sesuai untuk aktiviti tidur sahaja. Ia mempunyai sebuah kolam renang kecil dengan bas perantaraan percuma setiap 30 minit dari / ke lapangan terbang (perjalanan 5 minit); juga termasuk sarapan. Harga bilik daripada RM150 ke atas adalah dianggap terlalu tinggi bagi standard Malaysia, walaubagaimanapun kadar ini hanya satu pertiga yang dikenakan oleh Pan Pacific.
* Hotel De Palma Inn Sepang – terletak megah di antara kehijauan bukit, seolah-olah menggamit anda untuk tinggal di tempat peranginan ini. Hanya 5 minit perjalanan dari KLIA, De Palma Inn merupakan tempat peranginan yang paling sesuai bagi mengasingkan diri daripada kesibukan kotaraya. Anda juga boleh ke sana melalui satu jaringan jalanraya yang efisyen yang merentasi desa-desa yang menarik.
Mewah
* Empress Hotel Sepang. Kadar melalui internet adalah daripada RM260, termasuk sarapan dan bas perantaraan ke lapangan terbang setiap satu jam (perjalanan 8 minit).
* Pan Pacific KLIA, tel. +60-3-8787-3333. Ianya bersambung terus ke lapangan terbang melalui sebuah jejambat yang agak panjang. Bayaran dikenakan sebanyak USD120 semalam dianggap terlalu tinggi.