Penggunaan SMS Bagi Aduan Sampah

MPSepang telah menyediakan satu saluran pesanan khidmat ringkas khas (SMS) untuk menerima aduan berkaitan sampah di kawasan pentadbiran MPSepang. Berikut adalah tatacara pendaftaran dan penggunaan SMS tersebut :

1.Pelanggan perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Pendaftaran adalah seperti berikut :

Taip mpsepang daftar <masukkan no kp anda> <masukkan katalaluan pilihan> <masukkan emel anda> <masukkan nama anda> dan hantar ke 15888.

2.Setelah pendaftaran berjaya, pelanggan boleh menghantar SMS untuk aduan sampah seperti berikut :

Taip mpsepang sampah <masukkan aduan anda> dan hantar ke 15888. Panjang aduan adalah sebanyak 130 karakter sahaja.

3.Bagi lain-lain aduan, boleh disalurkan melalui SMS berikut :

Taip mpsepang aduan <masukkan aduan anda> dan hantar ke 15888. Panjang aduan adalah sebanyak 130 karakter sahaja.

4.Untuk semakan status aduan yang telah dihantar adalah seperti berikut :

Taip mpsepang aduan status <no aduan> dan hantar ke 15888.