Makluman : Gangguan Capaian ke Perkhidmatan atas talian OSC Online

 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan Sistem OSC Online Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah mengalami masalah gangguan teknikal bermula 23 Mei 2016. Pihak kami sedang dalam proses sedaya upaya menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.

Sehubungan itu, bagi memastikan pengemukaan permohonan cadangan pemajuan tuan/puan tidak terjejas, pihak tuan/puan bolehlah mengemukakan permohonan secara manual/hardcopy berdasarkan senarai semak permohonan masing-masing di kaunter OSC MPSepang.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Urus Setia OSC,

Majlis Perbandaran Sepang,

26 Mei 2016 /  19 Syabaan 1437H.