Makluman : Perkhidmatan atas talian OSC Online

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan masalah yang dihadapi oleh Sistem OSC Online Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) telah pun ditangani. Sehubungan dengan itu, sistem OSC Online sudah boleh diakses seperti sediakala. Oleh itu, pihak tuan/puan boleh mengemukakan secara atas talian (online) permohonan cadangan pemajuan tuan/puan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

Urus Setia OSC,

Majlis Perbandaran Sepang,

27 Mei 2016 /  20 Syabaan 1437H.