mail   Emel       Cetak

Penyerahan Pelan

Penyerahan pelan cadangan pemajuan melibatkan beberapa jenis-jenis pelan serta prosedur permohonannya juga adalah berbeza. Unit Pusat Setempat (OSC) yang bertanggungjawab menyelaras kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu perihal pembangunan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain yang berkaitan.

Memastikan semua permohonan cadangan pemajuan diproses mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sepang dan diberikan keputusan dalam tempoh 3 bulan untuk semua permohonan.

Jenis - jenis permohonan pelan cadangan pemajuan adalah seperti berikut :

 

 Permohonan Pembangunan Baru

  • Salinan e-rancang
  • Salinan surat perunding berdaftar dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor (JPBD)
  • Surat permohonan rasmi daripada Jururancang Bandar Bertauliah Yang Memperakukan Pelan
  • Borang Fee MPSepang (Bayaran Fee hendaklah dibuat dalam bentuk cek atas nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang atau tunai) resit bayaran sekali.
  • Borang A Kebenaran Merancang
  • 2 Salinan Hakmilik Tanah / Geran yang dipakai (Jika bukan tuan tanah yang memohon maka Power of Attorney (P.A)) yang didaftarkan Ooeh Mahkamah Tinggi perlu dikemukakan atau sekiranya Pindah Milik perlu mengemukakan Surat Perjanjian Jual Beli dan Surat Pengesahan dari Pentadbir Tanah Daerah, atau Sekiranya Tanah Kerajaan Negeri hendaklah mengemukakan Surat Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah/PTG/Jabatan yang bertanggungjawab dan sekiranya Tanah Kerajaan Persekutuan, hendaklah mendapat Surat Perakuan daripada Kementerian / Jabatan yang berkenaan dan disahkan oleh KPTG
  • 1 Salinan Carian Rasmi (Kecuali bagi permohonan yang melibatkan Tanah Kerajaan Negeri/Persekutuan) Sekiranya perlu.
  • 1 Salinan Surat Kelulusan Tukar Syarat Atau Surat-surat Kelulusan yang dikeluarkan oleh EXCO/MMKN (Sekiranya syarat nyata tanah telah diubah 204B, 207) Sekiranya perlu.
  • 4 Salinan Pelan Susunatur berwarna saiz A0/A1 dengan skala yang bersesuaian dan ditandatangani oleh Jururancang Bandar yang bertauliah serta pemilik dan pemohon (Tandatangan Sah/Asal atas setiap pelan-pelan).
  • 55 Salinan Pelan Susunatur Berwarna Bersaiz A3 (Dilipat Saiz A4)
  • 4 Salinan Pelan Kontur atau Pelan Ukur sediada (Disahkan Jurukur Bertauliah)
  • 2 Salinan laporan cadangan pemajuan (LCP) yang disediakan berdasarkan Manual LCP Pindaan 2000.
  • Gambar sediada di tapak cadangan didalam bentuk digital (Bmp/JPEG) dan bercetak. Gambar perlu di ambil merangkumi Perkara Berikut:
    a) Laluan keluar masuk utama
    b) Arah Utara, Selatan, Timur dan Barat
    c) Lot bersebelahan yang bersempadanan
Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan Tambahan / Pindaan

MPSepang berharap kepada semua pihak baik secara individu atau berkumpulan yang ingin membuat pengubahsuaian atau tambahan kepada bangunan mereka hendaklah terlebih dahulu memohon kebenaran dan mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada Bahagian Kawalan Bangunan MPSepang. Ini adalah untuk mengelakkan mereka sebagai pemilik rumah, dikenakan notis dan tindakan oleh pihak berkuasa Majlis Perbandaran Sepang

 PROSEDUR :-

  • Sebelum sebarang kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan bangunan dilakukan, anda hendaklah berjumpa dengan Merinyu Bangunan ( Building Inspector ) atau Juruteknik Bangunan ( Building Technician ) untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur permohonan kelulusan pelan bangunan bagi kerja-kerja pengubahsuaian / tambahan bangunan anda.
  • Pelan-pelan bangunan bagi ubahsuaian / tambahan bangunan anda hendaklah dikemukakan oleh pihak Arkitek / Pelukis Pelan / Jurutera yang bertauliah yang dilantik oleh anda sendiri. Anda boleh juga mendapatkan senarai nama Arkitek / Pelukis Pelan yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Sepang di Kaunter Pertanyaan Bahagian Kawalan Bangunan MPSepang.
    • Dokumen Diperlukan :-
      1. Borang Senarai Semak B-OSC
      2. Salinan Perjanjian Jual-Beli Bangunan / Hakmilik Tanah
      3. Salinan Resit Cukai Taksiran terkini - Salinan Kad Pengenalan - Pelan Senibina (3 set diwarnakan, ditandatangani pemilik & Arkitek/Pelukis Pelan Berdaftar pada setiap pelan, dilipat A4)
      4. Senarai Semak Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan (PKPB4) - Borang "A" MP.Sepang yang lengkap
      5. Surat pengemukaan oleh Arkitek / Pelukis Pelan
  • Berdaftar Bayaran :-
  • - Proses Pelan Bangunan:
  • Tingkat Bawah --> Keluasan lantai / 9meter persegi x RM3.50 --> Jika jum tsbt kurang RM35, maka bayaran minima adalah RM35 Tingkat Dua --> Keluasan lantai / 9meter persegi x RM3.00 --> Jika jum tsbt kurang RM30, maka bayaran minima adalah RM30 Tingkat Tiga --> Keluasan lantai / 9meter persegi x RM 2.50 --> Jika jum tsbt kurang RM25, maka bayaran minima adalah RM25 - Permit Bahan Binaan Dengan Kebenaran RM 18.00 meter persegi sebulan. - Perubahan pandangan RM 18.00 / Tingkat - Cagaran RM 500
  • Bayaran melalui tunai / cek atas nama "Majlis Perbandaran Sepang" Tempoh Kelulusan : - 7 hingga 14 hari bekerja
  • Dokumen lengkap & bayaran dijelaskan KATEGORI KERJA-KERJA KECIL (Minor Repair) :- - Jerigi Besi - Awning - Pagar - Dalaman Rumah - Garaj Dokumen Diperlukan :- - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Perjanjian Jual Beli Bangunan Hakmilik Tanah - Salinan Resit Cukai Taksiran terkini Bayaran :- - Minima RM85 - Permit Bahan Binaan RM18/1 meter persegi sebulan - Cagaran RM 200 Untuk Keterangan Lanjut :- Majlis Perbandaran Sepang Bahagian Kawalan Bangunan Tingkat 4, Persiaran Semarak Api 63200 Cyberjaya, Selangor Tel : 03 - 8319 0200 ext. 342/341/328/338 Faks: 03 - 8320 4700