mail   Emel       Cetak
« Kembali

Jabatan Khidmat Pengurusan / Management Services Depatment

Jabatan Khidmat Pengurusan

 

Bahagian Sumber Manusia

  • Memproses permohonan dan perlantikan kakitangan baru dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan.
  • Memastikan pengurusan Pentadbiran Pejabat mematuhi pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pekeliling Negeri.
  • Merekod permohonan cuti kakitangan dalam masa 24 jam dari terimaan permohonan.
  • Menyediakan dokumen yang perlu bagi urusan pencen kakitangan ke Jabatan Perkhidmatan Awam dua tahun sebelum kakitangan berpencen.
  • Menyediakan Takwim Latihan dan Kursus bagi setiap kakitangan pada tiap-tiap bulan Disember.

 

Bahagian Pentadbiran Keurusetian

Sewa Kemudahan

Kumpulan Penyewa Status Kadar Sewaan
Kumpulan A
Orang Awam, pihak Swasta, Badan/Pertubuhan/Kelab serta semua Agensi Swasta. 
 
100% daripada kadar sewaan yang ditetapkan.
Kumpulan B
Semua jabatan kerajaan termasuk sekolah dan semua agensi kerajaan yang diiktiraf oleh pihak kerajaan.
Maksimum RM 200.00 atau mana-mana yang terendah.
Kumpulan C
Kakitangan MPSepang yang masih bekerja  sahaja dan untuk kegunaan sendiri sahaja. 
25% daripada bayaran yang dikenakan. 
Kumpulan D
Semua majlis, ucapan perasmian, lawatan rasmi dan lain-lain yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri (YB, SUK Negeri Selangor) dan setiap Ahli Majlis MPSepang untuk kegunaan sendiri sahaja. 
Pembayaran dikecualikan. 
  • Urusan tempahan dan bayaran hendaklah dibuat di ibu pejabat Majlis Perbandaran Sepang dan segala pertanyaan berkaitan perkhidmatan ini boleh berhubung di talian 03 - 83190200 / 83190300.
  • Klik di sini untuk muat turun borang permohonan.