mail   Emel       Cetak
« Kembali

Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat / Corporate And Community Development Department

Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat

 

Bahagian Perancangan Korporat

  • Aduan awam boleh dibuat melalui Sistem e-Aduan dan juga boleh dilayari di laman web MPSepang.
  • Aktiviti perhubungan awam antara pihak MPSepang dengan pelanggan dan organisasi luar.
  • Penyelarasan aktiviti korporat, penerbitan dan promosi.
  • Pengurusan maklumat, kebudayaan dan pelancongan.

 

Bahagian Belia, Sukan Dan Kemasyarakatan

  • Menjalinkan dan memupuk perhubungan baik diantara Majlis dengan pertubuhan/ institusi lain seperti persatuan penduduk, rukun tetangga dan lain-lain melalui Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP).
  • Mengadakan mesyuarat bersama penduduk bagi membincangkan masalah- masalah setempat.
  • Mengaktifkan program kemasyarakatan tanpa meminggirkan golongan warga emas
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan
  • Menyelaraskan aktiviti sukan tahunan Majlis
  • Membantu kerajaan dalam penganjuran sukan peringkat Negeri dan Kebangsaan
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan kompleks sukan
  • Mengendalikan tempahan kompleks sukan, dewan dan padang.

 

Bahagian Khidmat Pelanggan

Senarai Perkhidmatan di Kaunter Perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang:

  1. Permohonan dan pembayaran sewaan bagi peralatan dan kemudahan dibawah kelolaan MPSepang
  2. Semakan cukai taksiran
  3. Pertukaran nama dan hakmilik harta
  4. Aduan awam
  5. Pembayaran cukai taksiran MPSepang
  6. Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor (dengan mengemukakan resit cukai taksiran terkini)
  7. Pembayaran cukai tanah Pejabat Tanah Selangor (dengan mengemukakan resit terkini)
  8. Urusan berkaitan permohonan ubahsuai bangunan , pembangunan dan lain-lain yang berkaitan dengan OSC
  9. Pembayaran bagi semua urusan yang berkaitan MPSepang seperti kompaun, denda dan sebagainya
  10. Pertanyaan umum berkaitan perkhidmatan di MPSepang
  11. Permohonan dan pembayaran pembaharuan lesen perniagaan

 

Pejabat Cawangan / Kaunter

1) Pejabat Cawangan Taman Putra Perdana, Puchong Dan Pejabat Cawangan Sungai Pelek

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor
  • Pembayaran cukai tanah Selangor
  • Pembaharuan semua jenis lesen perniagaan kecuali lesen pasar malam
  • Pembaharuan lesen anjing
  • Permohonan untuk pengubahsuaian bangunan
  • Penerimaan aduan awam
  • Permohonan pertukaran nama dan alamat harta
  • Bayaran kompaun


2) Pejabat Cawangan BBST / Kaunter Pandu Lalu

i) Pejabat Cawangan BBST

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Permohonan untuk pengubahsuaian bangunan
  • Penerimaan aduan awam
  • Bayaran sewaan kedai dan medan selera
  • Bayaran kompaun
  • Permohonan pertukaran nama dan alamat harta

ii) Kaunter Pandu Lalu

Perkhidmatan yang disediakan :

  • Pembayaran cukai taksiran PBT Selangor ( cukai semasa dan mempunyai resit asal)
  • Pembayaran cukai tanah secara tunai ( dengan resit semasa yang asal)