PERUNDANGAN

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Akta

Akta adalah merujuk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Antara akta dan kanun yang digunapakai di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang ialah :
• Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593)
• Kanun Keseksaan (Akta 574)
• Akta Keterangan 1950 (Akta 56)
• Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
• Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
• Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
• Akta Strata 2013

Enakmen

Enakmen adalah suatu undang-undang yang digubal oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya diterima pakai di seluruh negeri tersebut sahaja. Majlis Perbandaran Sepang menggunapakai dua (2) enakmen iaitu seperti berikut:

• Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995.

• Enakmen Mengawal Lembu Kerbau (Selangor) 1971

Undang-undang Kecil

1) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(MPSEPANG) Jalan, Parit dan Bangunan 2005
2) Undang-Undang Kecil (Mengkompaun Kesalahan-Kesalahan)(MPSEPANG) Kerajaan Tempatan 2005
3) Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (Selangor) 1986
4) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPSEPANG) 2007
5) Undang-Undang Kecil Penjaja (MPSEPANG) 2007
6) Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSEPANG) 2007
7) Undang-Undang Kecil Iklan (MPSEPANG) 2007
8) Undang-Undang Kecil Pilihanraya (MPSEPANG) 2007
9) Undang-Undang Kecil Pasar (MPSEPANG) 2007
10) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian (MPSEPANG) 2005
11) Undang-Undang Kecil Pengendalian Makanan (MPSEPANG) 2007
12) Undang-Undang Kecil Kerja Tanah (MPSEPANG) 2007
13) Undang-Undang Kecil Kerja Di Jalan (MPSEPANG) 2007
14) Undang-Undang Kecil Taman (MPSEPANG) 2005
15) Undang-Undang Kecil Vandalisme (MPSEPANG) 2005
16) Undang-Undang Kecil Krematorium (MPSEPANG) 2007
17) Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (MPSEPANG) 2005
18) Undang-Undang Kecil Tandas Awam (MPSEPANG) 2005
19) Undang-Undang Kecil Kolam Renang (MPSEPANG) 2013
20) Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MPSEPANG) 2013
21) Undang-Undang Kecil Hotel (MPSEPANG) 2013
22) Undang-Undang Kecil Pusat Sukan Persendirian (MPSEPANG) 2013
23) Undang-Undang Kecil Penternakan Burung Walit dan Perusahaan Sarang Burung Walit (MPSEPANG) 2013
24) Undang-Undang Kecil Kerja di Jalan (Majlis Daerah Sepang) 1996
25) Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran (Majlis Daerah Sepang) 1997
26) Undang-Undang Kecil Pusat Siber dan Kafe Siber (Majlis Perbandaran Sepang) 2007
27) Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Majlis Perbandaran Sepang) 2007
28) Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (Majlis Perbandaran Sepang) 2007

Perintah

Majlis Perbandaran Sepang merujuk dan menggunapakai perintah ini dalam pentadbiran Daerah Sepang.

• Perintah Lalulintas Jalan (Peruntukan Mengenai Tempat Letak Kereta) (MPSEPANG) 2007

Kaedah

Kaedah adalah suatu perincian undang-undang yang digubal berdasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan oleh akta ibu seperti Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Berikut adalah senarai Kaedah yang digunapakai oleh Majlis Perbandaran Sepang iaitu :

• Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012

• Kaedah-Kaedah Pekerja (Kelakuan dan Tatatertib) ( Majlis Daerah Sepang) 1995

• Kaedah-Kaedah Pengawalan Perancangan (Am) (Selangor) 2001

• Kaedah-Kaedah Pemeliharaan Pokok 2001

• Kaedah-Kaedah Lembaga Rayuan 1999

Peraturan

Peraturan-Peraturan Perlu (Pembersihan Setinggan 1969) merupakan salah satu daripada 92 ordinan yang digubal dibawah Perisytiharan Darurat 1969. Majlis Perbandaran Sepang merujuk dan menggunapakai ordinan ini dalam pentadbiran Daerah Sepang.