PETA PANDUAN JALAN KE CYBERJAYA

Bagaimanakah caranya untuk ke Cyberjaya?
Cyberjaya dianggap mudah untuk dihubungi baik dari dalam mahupun dari luar negara. Terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kira-kira 40km dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Cyberjaya merupakan suatu pusat kegiatan yang serba-mudah untuk pengangkutan tempatan dan antarabangsa.


Dengan Kereta
Cyberjaya dihubungkan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Kuala Lumpur Sentral melalui Lingkaran landasan Ekspres (ERL) serta juga dihubungkan ke kawasan-kawasan utama perniagaan melalui suatu rangkaian lbuhraya ekspress. Cyberjaya dihubungkan dengan Kuala Lumpur and Lembah Klang dengan beberapa buah lebuhraya:

  • Lingkaran Tengah Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan (Elite Highway)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Ekspres Lembah Klang Selatan (menghubungkan Kajang ke LDP)
  • Lebuhraya KL Putrajaya- lihat Peta Lebuhraya untuk perincian lanjut.

Pembangunan Masa Depan: Lebuhraya KL-Putrajaya akan memiliki sambungan terus paling dekat antara pusat perdagangan KL, Pusat Pentadbiran Persekutuan di Putrajaya, Koridor Raya Multimedia Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang yang akan mengurangkan masa perjalanan daripada kira-kira 1 jam kepada lebih kurang 30 minit. Melalui sambungan stratejik ini, Lebuhraya tersebut akan lebih tepat dinamakan “Pintu masuk ke Negara ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Lebuhraya KL-Putrajaya yang akan dating ini, sila lawati www.kl-putrahighway.com.my


Dengan Bas (RapidKL)

Bas-bas ulangalik menyediakan perkhidmatan daripada pelbagai destinasi sekitar Cyberjaya. Kesemua bas melalui Terminal Pengangkutan Barat dari (“WTT”) dari…

  • KL Sentral Bas No. E1 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 60 minit Tambang Harian = RM4.00
  • KTM Serdang Bas No. T42 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 30 minit Tambang Harian = RM2.00
  • Bandar Utama melalui Puchong Bas No. T43 Kekerapan: 20-30 min. Masa Beroperasi: 0600-0000 Catatan: tempoh perjalanan kira-kira 90 minit Tambang Harian = RM2.00
  • Kajang Kekerapan: 5 kali sehari Masa Beroperasi: 0815-1715 Catatan: Bukan laluan utama
  • Banting Kekerapan: 10 kali sehari Masa Beroperasi: 0750-1840 Catatan: Bukan laluan utama