Piagam Pelanggan Jabatan / Bahagian / Unit

mail   Emel       Cetak

Jabatan Perancang Bandar

  • Memproses permohonan untuk perjanjian kebenaran merancang dengan cekap, teratur, mematuhi semua peraturan yang ditubuhkan dalam tempoh tiga puluh hari sehingga kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC. 
  • Memproses permohonan kelulusan pelan alamat diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi  semua peraturan  yang ditetapkan  dalam tempoh lima belas hari sehingga  ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan  permohonan tanah / hal-hal tanah ke Pentadbiran Tanah Daerah  Sepang / Pengarah  Tanah dan Galian  Negeri Selangor dalam tempoh lima belas hari.
  • Menyemak, menyediakan dan mengemukakan ulasan  pelan bangunan / pelan kerja tanah / hal-hal perancangan ke Jabatan Bangunan / Jabatan Kejuruteraan   dalam tempoh lima belas hari.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan  yang dikemukakan  oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / ahli Majlis / agensi kerajaan dengan  serta merta  atau dalam tempoh lima belas hari.

Jabatan Khidmat Pengurusan

  • Mendaftarkan dan melabelkan aset yang dibeli dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh terimaan di Jabatan Khidmat Pengurusan.
  • Menyediakan deraf minit mesyuarat Majlis dalam tempoh tiga hari bekerja dan mengedarkan minit mesyuarat Majlis dalam tempoh tujuh hari bekerja daripada tarikh mesyuarat.
  • Memastikan buku log, kad touch n go dan penggunaan minyak kenderaan Majlis diperiksa sebulan sekali.
  • Mengiklankan tawaran Tender dalam tempoh dua puluh lapan (28) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan jabatan dan dipaparkan di papan kenyataan Majlis, laman sesawang Majlis dan Tender Selangor.
  • Mengiklankan tawaran Sebut Harga dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan jabatan dan dipaparkan di papan kenyataan Majlis, laman sesawang Majlis dan Tender Selangor.
  • Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga / Tender bersidang dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyiapan laporan analisa Sebut Harga / Tender.
  • Memproses permohonan dan pelantikan baru dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tutup iklan.
  • Menyediakan latihan tujuh (7) hari setahun bagi warga kerja MPSepang.

Jabatan Korporat Dan Pembangunan Masyarakat

  • Mengemukakakan maklum balas status aduan pelanggan dalam tempoh (empat belas hari dari tarikh aduan diterima).
  • Menyediakan dan mengedarkan Buletin Semarak Api (setiap tiga bulan sekali terbitan).
  • Mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (tiga kali setahun).
  • Kajian Semula Prosedur MS ISO 9001: 2008 (tiga kali setahun).
  • Masa menunggu di kaunter tidak melebihi lima minit (tidak pada waktu puncak iaitu Januari hingga Februari dan Julai hingga Ogos).
  • Maklum balas tempahan kemudahan awam (3 hari bekerja dari tarikh kelulusan Tuan YDP / Tuan TYDP).
  • Memproses Borang Pembelian (BP) dan Tempahan Kerajaan (LO) bagi program PeBT dan JPP (tiga hari bekerja).

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta

  • Memastikan semua pegangan dinilai dalam tempoh tujuh bulan daripada CCC.
  • Memastikan permohonan remisi diproses dan diputuskan mengikut tempoh sebulan selepas penggal taman.
  • Memastikan caruman membantu kadar kutipan seratus peratus.
  • Memastikan kontraktor penyelenggaraan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Memastikan Kutipan sewa bulanan mencapai lapan puluh peratus.
  • Memastikan tawaran dibuat selepas empat belas hari Jawatankuasa pemilihan penyewa memilih penyewa yang layak.

Jabatan Perbendaharaan

  • Meluluskan permohonan bayaran Cukai Taksiran secara ansuran serta merta
  • Memproses bayaran balik cagaran dalam tempoh 7 hari
  • Memproses bayaran kepada pembekal setelah dokumen lengkap diterima di Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh
    7 hari

Jabatan Kejuruteraan

  • Proses permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan yang lengkap dan mematuhi syarat- syarat teknikal akan diberi dalam tempoh enam puluh hari bekerja.
  • Proses permohonan kelulusan pelan lampu awam yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh tiga puluh hari berkerja.
  • Pengakuan penerimaan pelan struktur yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh empat belas hari berkerja.
  • Proses pemohonan kelulusan permit korekan jalan dan permit laluan yang lengkap akan diberi dalam tempoh empat belas hari berkerja.
  • Poses permohonan ambilalih infrastruktur yang lengkap akan diberi dalam tempoh empat belas hari berkerja.
  • Memberi ulasan kebenaran merancang yang diterima daripada OSC dalam tempoh empat belas hari bekerja.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan jalan, longkang, lampu jalan, lampu isyarat, dan tebing runtuh dalam masa empat puluh lapan jam / hari bekerja.

Jabatan Landskap

  • Semua permohonan landskap yang lengkap serta teratur mengikut ‘checklist' yang disediakan akan diluluskan dalam tempoh tiga puluh hari daripada penerimaan permohonan.
  • Semua permohonan landskap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC dalam masa dua minggu (bergantung kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa OSC).
  • Memproses bayaran  dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Memberi ulasan Kebenaran Merancang dalam tempoh lima belas hari bekerja.
  • Membuat persiapan hiasan yang cantik dan kemas untuk sebarang majlis keraian dalam masa sehari dan pokok-pokok hiasan akan dipunggah dalam masa dua hari berikutnya.
  • Mengemukakan maklum balas / tindakan aduan yang dikemukakan oleh orang awam / Unit Aduan Majlis / Ahli Majlis / agensi kerajaan dengan serta merta atau dalam tempoh empat belas hari bekerja.

Jabatan Kesihatan - Bahagian Kesihatan

  • Melaksanakan aktiviti kawalan denggi dalam tempoh empat puluh lapan jam selepas kes dilaporkan.
  • Menjalankan pemeriksaan dan penggredan premis.
  • Memproses dan meluluskan permohonan Lesen Anjing yang lengkap secara serta-merta.
  • Menerima, menyiasat dan memberi maklum balas ke atas aduan awam di dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Menjalankan pemeriksaan dan pengauditan tandas awam sebanyak sepuluh unit setiap bulan.

Jabatan Kesihatan - Unit Perkhidmatan Bandar

  • Memproses tuntutan bayaran daripada kontraktor atau pembekal di dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh terima inbois.
  • Mengawalselia perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor lantikan Majlis setiap hari bekerja serta memastikan tugas dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Aduan-aduan awam akan disiasat dan diambil tindakan tidak melebihi empat belas hari bekerja.

Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan - Bahagian Penguatkuasa

  • Menguruskan penerimaan, pengedaran dan maklum balas aduan awam yang diterima dan diselesaikan dalam tempoh tujuh hari.
  • Menguruskan dokumen lengkap bagi tuntutan barang sitaan dan kenderaan tunda dalam tempoh lima belas minit.
  • Proses  pemasangan kelengkapan tunda pada  kenderaan yang ditunda sehingga kenderaan tersebut dialihkan  dalam tempoh lima belas minit setelah kesalahan dikenalpasti
  • Pengeluaran Notis Kesalahan serta merta setelah kesalahan dikenalpasti.

Jabatan Penguatkuasaan Dan Pelesenan - Bahagian Pelesenan

  • Semua permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh empat belas hari bekerja (keputusan termasuk lulus, tangguh dan tolak.
  • Permohonan bagi lesen tidak berisiko yang telah lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diberi keputusan serta merta.
  • Jumlah permohonan dan pengeluaran lesen dalam tempoh empat belas hari.
  • Jumlah permohonan dan pengeluaran lesen serta merta.

Jabatan Bangunan

  • Kelulusan Pelan Bangunan

          i.  Bangunan kemudahan awam, Perumahan, kedai / pejabat, kilang, institusi, kompleks   
              dalam tempoh tiga puluh tujuh hari.
          ii. Rumah sesebuah / berkembar dalam tempoh dua puluh empat jam.
          iii.Tambahan atau pindaan rumah / kedai / pejabat / kilang dalam tempoh dua puluh empat jam.
              Permit bangunan sementara :
              - Yang melibatkan ulasan teknikal dalam tempoh sebulan.
              -Yang tidak melibatkan ulasan teknikal (spt papan tanda projek dan hoarding) dalam
                 tempoh tujuh hari.

  • Kelulusan CFO

         i.Semua jenis bangunan dalam tempoh dua puluh empat hari selepas penerimaan borang E.

Unit Pesuruhjaya Bangunan

  • Mewujudkan, menyelenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata dengan menyediakan daftar profail kawasan pemajuan untuk setiap enam bulan.
  • Memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh tidak kurang dua belas bulan dari tarikh mendapat sijil kelayakan menduduki bangunan dan dua puluh lima peratus pindahmilik hakmilik strata.
  • Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijil JMB dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh mesyuarat pertama penubuhan JMB.
  • Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam tempoh tujuh hari bekerja.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju / JMB / MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Memberi taklimat dan penerangan berkenaan Akta 663 dan menghadiri mesyuarat agung tahunan JMB / MC seperti yang telah dijadualkan.
  • Memantau dan menyelaras perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata (Akta 318) melalui perundangan dan penguatkuasaan undang-undang.

Unit Undang-Undang

  • Memastikan urusan penetapan kadar kompaun dan proses pengeluaran bil  bayaran bagi setiap notis kesalahan dibuat dalam tempoh sepuluh minit.
  • Memastikan setiap maklum balas secara bertulis mengenai status permohonan rayuan atau pembatalan notis kesalahan diberi  dalam tempoh empat belas hari
  • Memastikan setiap dokumen perjanjian yang diterima disemak dalam tempoh empat belas hari

Unit Teknologi Maklumat

  • Maklum balas aduan (perisian & rangkaian komputer) dalam tempoh dua jam bekerja.
  • Memastikan semua urusan Operasi Khidmat Bantuan Teknikal dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga tujuh hari bekerja.
  • Memastikan tahap rangkaian dan perkhidmatan internet dapat beroperasi sekurang-kurangnya sembilan puluh lima peratus kebolehcapaian bulanan.
  • Memastikan tahap keselamatan rangkaian dan sambungan aplikasi sistem terjamin sekurang-kurangnya sembilan puluh lima peratus kelancaran bulanan.

Unit Pengurusan Pusat Setempat

  • Permohonan Serentak
  • Kebenaran Merancang
  • Sistem Alamat
  • Pelan Landskap
  • Pelan Kerja Tanah, Jalan Dan Perparitan
  • Pelan Kerja Tanah
  • Pelan Jalan Dan Perparitan
  • Pelan Lampu Jalan
  • Pelan Bangunan