Pintu Masuk ke Malaysia

mail   Emel       Cetak

Melalui Udara

Semua penerbangan jet berjadual, samada dalam negeri atau antarabangsa, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur [2] (IATA: KUL ICAO: WMKK) yang terletak kira-kira  50km ke barat daya Kuala Lumpur, di dalam daerah Sepang , Selangor. Bangunan moden berharga US$2.5bil yang dibina menggunakan kaca dan keluli ini telah dirasmikan pada tahun 1998 dan telah diiktiraf sebagai salah satu daripada lapanganterbang terbaik di dunia. Ia menggantikan Lapangan Terbang  Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, yang sekarang ini digunakan untuk penerbangan sewa khas dan pesawat berkipas-turbo. Lebih daripada  50 buah syarikat penerbangan menggunakan  KLIA.

Sebuah  terminal tambang-murah yang baru (LCCT) telah dibuka pada bulan Mac 2006, dan kini digunakan oleh AirAsia [3], Tiger Airways [4], and Cebu Pacific [5]. Walaupun  Terminal tambang-murah ini hanya bersebelahan daripada landasan terbang di Bangunan Terminal Utama, namun ianya terletak sejauh hampir  20km melalui jalanraya. Kekerapan bus-bus  ulang-alik  yang menghubungkan kedua-dua terminal ini mengenakan tambang RM1.50 bagi setiap perjalanan. Untuk menaiki bas-bas tersebut di bangunan terminal utama, pergilah ke terminal bas di tingkat bawah bangunan tempat letak kenderaan C, sementara di terminal tambang-murah, anda boleh menanti bas-bas tersebut di petak-petak bas betul-betul di hadapan terminal tersebut.Sekiranya anda turun daripada keretapi ekspres KLIA , bergeraklah ke  Aras 2 dan seterusnya mengikuti tanda-arah ke tempat Letak Kenderaan C dan ke perhentian bas.

 

Pertukaran – Terminal Utama

Dengan Tren:

KLIA Ekspres [6] menghubungkan lapangan terbang secara terus-menerus dengan pusat pengangkutan KL Sentral di  Kuala Lumpur sepanjang 28 minit. Tren bergerak dari pukul 5 pagi hingga ke 12 tengah malam. Terdapat sebuah tren  bagi setiap  15 minit antara waktu 5 pagi dan 9 pagi serta antara 4 petang hingga 10 malam; manakala terdapat tren-tren yang bergerak setiap 20 minit di luar daripada waktu-waktu  di atas. Harga tiket bagi perjalanan sehala ialah RM35. Tiada potongan harga bagi tiket-tiket untuk untuk perjalanan pergi-balik. Sekiranya anda menaiki pesawat Malaysia,  Emirates, Cathay or Royal Brunei, anda juga boleh memasukkan beg-beg anda di  Terminal Udara Kuala Lumpur di KL Sentral. Sila lihat bahagian bahagian "Get around" di bawah untuk cara-cara perjalanan dari / ke KL Sentral.
 

 

Transit KLIA [7], seperti  juga Ekspres KLIA, turut menghubungkan lapangan terbang dengan  KL Sentral bezanya ia berhenti di tiga perhentian  pertengahan - Salak Tinggi, Putrajaya, dan Bandar Tasik Selatan. Perjalanan ini mengambil masa 36 minit. Tambang perjalanan dari hujung ke hujung adalah sama dengan tambang  Ekspres KLIA, iaitu RM35. Perbezaan dalam harga tambang tertakluk pada perjalanan ke stesen-stesen pertengahan. Dari KL Sentral, tren –tren bergerak setiap setengah jam dari pukul 5.33pagi ke 12.03 tengah malam, manakala dari KLIA, tren-tren  bergerak setiap setengah jam dari pukul  5.52 pagi ke 1.00 tengah malam. Anda boleh menggunakan  perkhidmatan daftar masuk Ekspres KLIA walaupun menggunakan tiket Transit  KLIA.
   
Anda juga boleh menaiki tren-tren  KTM Komuter [8] ke stesen  Nilai and seterusnya  menaiki bas sambungan ke KLIA.  Bas-bas  Nilai-KLIA yang kerap ini diusahakan oleh  Airport Coach and Sepang Omnibus. Keseluruhan perjalanan mungkin mengambil masa kira-kira dua jam take, tetapi pada harga yang jauh jauh lebih murah daripada dua pilihan sebelum ini. Sebagai contoh, tambang dari KL Sentral ke Nilai ialah RM4.70 sementara tambang bas dari Nilai ke KLIA ialah kira-kira  RM2.50. Anda juga boleh menggunakan  KTM Komuter untuk pergi ke lain-lain destinasi, contohnya Seremban di Negeri Sembilan. Untuk lain-lain destinasi  KTM Komuter, sila lihat bahagian  "Get around" di bawah.

 

Dengan Bas:
   
Airport Coach mengusahakan pengangkutan bas ekspres antara KL Sentral dan KLIA dari pukul  5 pagi ke 10.30 malam dari Sentral, dan 6.30 pagi ke 12.30 malam dari KLIA. RM10 untuk perjalanan sehala, atau RM18 untuk perjalanan pergi-balik.
   
Bas Star Shuttle bergerak dari KLIA ke Kota Raya dan Pudu Raya (kedua-duanya berhampiran Chinatown), RM10 untuk perjalanan sehala. 
   
Sepang Omnibus mengusahakan perkhidmatan bas tempatan secara terus ke Seremban di Negeri Sembilan, Banting di Selangor dan bandar Sepang di mana anda boleh mendapatkan bas sambungan ke / dari Port Dickson, Negeri Sembilan. Bas-bas ini mungkin hanya mempunyai kelengkapan yang asas sahaja dan kurang selesa  , serta tidak mengikut jadual yang tetap (sekurang-kurangnya, yang tidak diketahui umum).

Kedua-dua Airport Coach and Sepang Omnibus mengusahakan bas-bas yang kerap antara KLIA dan Nilai di mana anda boleh meneruskan perjalan dengan KTM Komuter. Sila lihat bahagian "Get around" di bawah untuk mendapatkab butir-butir terperinci mengenai KTM Komuter. Sebagai pilihan, anda boleh menaiki bas ke LCCT seterusnya menghubungkan ke KLIA.

Ambil perhatian  tentang teksi-teksi yang menunggu di luar, berhampiran tempat bas pergi-balik bertolak, yang akan cuba memancing  anda dengan mendakwa bahawa tren-tren dan  Monorail tidak berfungsi, atau tamat perkhidmatan untuk hari tersebut . Sentiasalah periksa jadual-jadual ini sebelum anda percaya dakwaan pemandu-pemandu teksi tersebut.

 

 

Dengan Teksi:
   
Dari KLIA: Hanya limosin Airport Limo dan teksi tambang-murah yang dibenarkan mengambil penumpang  di lapangan terbang. Anda perlu membeli kupon dari kaunter Airport Limo sebaik sahaja anda keluar dari pintu pagar ketibaan antarabangsa, atau betul-betul di luar pintu ketibaan penerbangan tempatan. Mintalah khidmat teksi tambang-murah, yang cukup memuaskan dan ditetapkan tambangnya pada RM 74.80 untuk ke Kuala Lumpur; jika tidak anda mungkin diberi  naik kereta kononnya "perdana" yang dikenakan tambahan RM25. Jika anda lebih daripada seorang,  mungkin lebih menjimatkan untuk mengambil sebuah teksi terus ke destinasi anda daripada menaiki trend an kemudiannya terpaksa pula mengambil teksi lain ke destinasi anda.
 
Ke KLIA: Mana-mana teksi boleh membawa penumpang ke KLIA, termasuklah teksi merah-putih bermeter Kuala Lumpur , bagaimanapun anda akan mendapatinya sangat sukar untuk meminta pemandunya menggunakan meter. Pastikan anda mendapatkan persetujuan tambangnya sebelum menaiki teksi tersebut. Tambang yang sepatutnya adalah antara RM80 dan RM100. Untuk makluman anda, pada bulan Disember 2009, saya menaiki teksi dari Jalan Ipoh (pusat bandar KL) menggunakan meter, dan ia berharga kira-kira RM 70, berserta bayaran surcaj lapangan terbang tambahan sebanyak RM12 dan bayaran tol (teksi hanya membayar separuh bayaran tol), keseluruhannya berjumlah RM 90).

Melalui  jalanraya:

Sekiranya anda menggunakan kenderaan sendiri, KLIA dihubungkan dengan rangkaian lebuhraya Semenanjung Malaysia dengan baik sekali . Lapangan Terbang ini dihubungkan terus dengan Lingkaran Tengah Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan (dikenali dengan singkatan "Elite") kira-kira 70km atau hamper satu jam dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Ikutlah susur keluar dari laluan ekspres di persimpangan KLIA untuk ke Terminal Utama dan LCCT.

Pertukaran - Terminal Tambang Murah(LCCT)

Dengan  Tren:
   
Tidak ada tren sambungan terus ke LCCT (walaupun kerajaan telah bersetuju untuk membina laluannya). Bagaimanapun, anda boleh membeli tiket "KLIA Transit ke LCCT" (RM 12.50/22 sehala/pergi-balik), yang merangkumi  KLIA Transit ke Stesen ERL Salak Tinggi dan bas sambungan percuma ke LCCT.

 

 
Dengan Bas:

SkyBus [9] mengusahakan perkhidmatan bas terus-menerus  setiap kira-kira setengah jam dar KL Sentral ke LCCT. Tambangnya RM9 untuk sehala.
   
Aerobus [10] juga menyediakan perkhidmatan bas terus-menerus setiap setengah jam  dari  KL Sentral ke Terminal Tambang Murah. Tambangnya RM8 untuk sehala dan percuma perjalan balik.
   
Star Shuttle [11] (Tel: +60-3-40438811) mengendalikan perkhidmatan bas terus-menerus ke Terminal Bas Pekeliling dan Batu 3  Jalan Ipoh di Kuala Lumpur, begitu juga sambungan terus-menerus ke stesen KTM Komuter Subang Jaya dan Bangunan  PKNS di Shah Alam. Sila semak lamanwebnya untuk jadual. Tambangnya adalah RM9 setiap perjalanan.
 

Melalui jalanraya:

LCCT terletak kira-kira 20km dar Terminal Utama dan boleh dimasuki melalui lingkaran KLIA atau laluan kargo lapangan terbang.
Nota:  Kerajaan bercadang membina Terminal Tambang Murah yang lebih baru, lebih besar dan tetap yang lebih hampir dengan Terminal Utama  namun ini dijangka tidak akan dapat disiapkan untuk tempoh terdekat ini.