Bahasa : Melayu | English | Lain Soalan Lazim | Bantuan | Pautan | Peta Laman
Ke Sepang

Melalui Udara

Oleh kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang, adalah sangat mudah bagi pelawat dari luar negara  untuk melawat daerah ini. Sila lihat bahagian “Get In – KLIA” bagi mendapatkan maklumat tentang memasuki atau keluar dari lapangan terbang tersebut.

Dengan Keretapi

Pelawat ke Sepang, termasuk juga ke Litar Formula Satu, boleh menggunakan perkhidmatan rel yang baik di antara Kuala Lumpur dan KLIA. Sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA’ untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan servis keretapi laju KLIA Ekspres dan KLIA Transit diantara pusat pengangkutan Kuala Lumpur, KL Sentral, dengan lapangan terbang tersebut dimana terdapat juga lain-lain sambungan ke beberapa kawasan di Sepang.

Pelawat juga boleh menggunakan Komuter KTM ke Sepang. Sila ambil keretapi ke stesyen Nilai, Negri Sembilan. Dari sana bas Syarikat Sepang Omnibus memberi servis ke beberapa bahagian di daerah Sepang, termasuk KLIA, Salak Tinggi, Sepang (bagi sambungan ke Port Dickson, Negeri Sembilan) dan Sungai Pelek.

Dengan Bas

Pelawat juga boleh menggunakanpel bagai rangkaian bas di antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang – sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA’ untuk maklumat terperinci.

Syarikat Transnasional mempunyai rangkaian servis dari Perhentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Salak Tinggi, Sepang dan Sungai Pelek. Transnasional juga menggendalikan bas tempatan dari Sepang dan Sungai Pelek ke Tanjung Sepat dan Banting di daerah Kuala Langat yang bersebelahan. Perjalanan ini melalui ladang-ladang kelapa sawit yang berbatu-batu, dan beberapa kampung Melayu pinggir laut yang amat cantik.

Sepang Omnibus pula menyediakan laluan tempatan terus dari Seremban di Negeri Sembilan ke Sungai Pelek melalui Nilai, KLIA, Slak Tinggi dan Sepang; dan Seremban ke Banting melalui Nilai, KLIA, Salak Tinggi dan Bukit Changgang. Ia juga mempunyai perkhidmatan bas dari Sungai Pelek ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Sepang. Sementara di utara pula, Sepang Omnibus menyediakan perkhidmatan dari Sungai Pelek ke Tanjung Sepat di daerah bersebelahan iaitu Kuala Langat.

Dengan Teksi

Teksi-teksi tempatan menyediakan perkhidmatan dari semua bandar utama, kecuali dari KLIA. Dari KLIA anda hanya boleh menggunakan sistem teksi berkupon. Lihat bahagian ‘Get in – KLIA’ untuk maklumat terperinci.

Ke Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit)

Cara termudah ke litar ini semasa musim perlumbaan adalah melalui keretapi dari KL Sentral dan seterusnya menaiki bas perantaraan (shuttle buses) yang akan membawa anda terus ke litar tersebut. Pihak pengendali KLIA Ekspres dan KLIA Transit memepunyai beberapa pakej yang merangkumi kedua-dua perjalanan keretapi dan bas perantaraan. Sila lihat laman sesawang KLIA Ekspres atau Litar Antarabangsa Sepang.

 

Bookmark and Share
Halaman ini telah dicapai : 18144
Tarikh kemaskini : 11 Ogos 2011
  

Calendar

Waktu Solat

  bullet Buletin Semarak Api            bullet Buletin Mutiara                         bullet Keratan Akhbar  
             
   bulletFoto   bullet Audio   bullet Video  
                 
  bulletInfo Bulanan MPSepang             
  bulletPengiktirafan ISO 9001:2000
  bulletPrestasi Pencapaian Piagam Pelanggan
  bulletPeta Panduan Jalan di Cyberjaya
 
             
  bulletPrice Watch
  bulletBorang Emel    
 
             
             
  bulletMAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
    Persiaran Semarak Api, Cyber 1,
    63200 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
    Telefon   : 03-8319 0200 / 03-8319 0300
    Faksimili : 03-8319 0220
 

bullet Maklum Balas Umum :

 

bullet Maklum Balas Mengenai Laman Web :

 

 bulletPeta Lokasi Majlis Perbandaran Sepang : - Imej Peta Lokasi    - Google Maps                                              bulletBuku Pelawat

 

Kandungan Jurnal

mygoverment   portal selangor   KPKT   Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia   MSC   Business Licensing Electronic Support System   Jobs Malaysia   MyID

 

W3C :
w3c
Teks Suara :
icon2
Saiz Tulisan :
icon3 icon4 icon5
Warna Tulisan :
icon6 icon7 icon8 #language("setsemula")title=#language("setsemula")
Skema Warna :
alttext alttext alttext alttext
Latar Belakang :
icon9 icon10 #language("setsemula")title=#language("setsemula")