mail   Emel       Cetak

Sekitar Cyberjaya

Bersiar-siar sekitar Cyberjaya

 

Cyberjaya menawarkan perkhidmatan pengangkutan seperti berikut:

Parkir & Naik -

Perkhidmatan Ulang Alik: Kemudahan Meletak kenderaan dan menaiki bas atau dikenali perkhidmatan Shuttle ialah sebahagian daripada rancangan Kerajaan Malaysia untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam di Cyberjaya. Ia menyediakan pilihan kepada orangramai yang ingin meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kenderaan yang telah ditetapkan dan seterusnya menaiki bas untuk bergerak ke sebahagian besar tempat di Cyberjaya.

Perkhidmatan ini bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan untuk penggunaan semua bas dan tempat letak kenderaan tersebut. Parkir percuma dan menaiki bas shuttle percuma tidak hanya menimatkan masa dan wang malah turut mengelakkan kekecewaan akibat kesesakan lalulintas serta kepayahan mencari tempat parkir di dalam bandar.

Talian panas Shuttle: +603 - 8318 5364 Untuk lihat Jadual Shuttle: * Jadual dan laluan and untuk Shuttle 1&2 - TERKINI 2009 Diuruskan oleh: Cyberview Sdn. Bhd. Dikendalikan oleh: RapidKL Disokong oleh: Multimedia Development Corporation Majlis Perbandaran Sepang

Laluan-laluan Bas

Bas sokongan Rapid KL adalah khusus untuk member khidmat kepada ahli masyarakat Cyberjaya untuk keperluan setiap hari. * Kekerapan: 20-30 min.

* Masa Beroperasi: 6 pagi - 1 pagi

* Bas sokongan mengikut masa jadual ketibaan dan berlepas ERL.

* Tambang harian = RM1.00

* Hotline No.: 1800-388-228 Bas No. 429: Bertolak dari Terminal Bas Cyberjaya ke Terminal Pengangkutan Selatan Putrajaya.

Teksi & Limousin

Perkhidmatan teksi untuk Cyberjaya terletak di Terminal Pengangkutan Cyberjaya. Ia disediakan oleh: Cyberjaya Taxi Stand 24-hour Hotline No.: 03-8318 0700 Perkhidmatan teksi dari Terminal Pengangkutan Selatan Putrajaya (Stesen ERL Putrajaya) adalah disediakan oleh: Persatuan Pemandu Teksi Putrajaya 24-hour Hotline No.: 012-608 5395