Sebuah perniagaan (juga dikenali sebagai sebuah syarikat, perusahaan atau firma) ialah suatu pertubuhan yang diakui sah yang bertujuan memberikan barangan dan/atau perkhidmatan kepada pengguna.ini termasuklah setiap bentuk perniagaan, perdagangan, kemahiran, pekerjaan, kepakaranatau lain-lain kegiatan yang dijalankan untuk tujuan memaksimakan keuntungan. Anda diperlukan mendaftar perniagaan anda dengan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (CCM) di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 . Terdapat beberapa jenis perniagaan, di mana empat jenis daripadanya ialah: Perniagaan milik tunggal,Perkongsian, Perbadanan dan Koperasi. | | |
- Milikan Tungggal: Sebuah perniagaan milik tunggal ialah perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik. Pemiliknya boleh menjalankan perniagaannya dengan sendiri atau menggaji pekerja lain. Pemiliknya bertanggungjawab secar persendirian atas segala hutang yang berpunca daripada kegiatan perniagaan tersebut.
- Perkongsian: Sebuah perkongsian ialah suatu bentuk perniagaan di mana dua orang atau lebih memilik dan mengendalikannya untuk tujuan yang sama iaitu selalunya untuk mencapai keuntungan. Dalam kebanyakan bentuk perkongsian , setiap pekongsi bertanggungjawab secara peribadi atas segala hutang yang terhasil daripada perniagaan tersebut. Terdapat tiga jenis biasa perkongsian iaitu: perkongsian umum , perkongsian berhad dan perkongsian tanggungan berhad.
- Perbadanan: Sebuah perbadanan boleh dalam bentuk samada entity berhad atau tanpa had yang memiliki keperibadian undang-undang yang terasing daripada anggota-anggotanya.Sebuah perbadanan boleh ditubhkan untuk tujuan menjana keuntungan maupun tidak. Ianya dimiliki oleh banyak pemegang saham dan dikawalselia oleh yang menggaji kakitangan pengurusan perniagaan.Selain daripada contoh-contah perbadanan milik persendirian, terdapat juga perbadanan yang dimiliki oleh negeri-negeri.
- Koperasi: Seringkali dirujuk sebagai Ko-op", sebuah koperasi ialah sebuah entiti tanggungan berhad yang ditubuhkan untuk keuntungan ataupun sebaliknya. Sebuah koperasi berbeza daripada sebuah perbadanan kerana mempunyai ahli-ahlinya yang mempunyai perkongsian kuasa dalam membuat keputusan , berbeza dengn perbadanan yang mempunyai pemegang-pemegang saham. Koperasi seringkali dibahagikan samada koperasi pengguna atau kopersai pekerja-pekerja. Koperasi dianggap sebagai asas kepada idealogi demokrasi ekonomi.
Perniagaan-perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Suruhanjaya syarikat-syarikay Malaysia adalah: - Pemilikan Tunggal – perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik.
- Perkongsian – perniagaan yang dimiliki oleh dua orang dan tidak lebih darpada 20 pekongsi.
Tarikh Kemaskini : 11/03/2010 |
Halaman ini telah dicapai : 1224
Tarikh kemaskini : 23 September 2010