PENGANGKUTAN AWAM
Melalui Udara
Oleh kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang, adalah sangat mudah bagi pelawat dari luar negara untuk melawat daerah ini. Sila lihat bahagian “Get In – KLIA” bagi mendapatkan maklumat tentang memasuki atau keluar dari lapangan terbang tersebut.
Dengan Keretapi
Pelawat ke Sepang, termasuk juga ke Litar Formula Satu, boleh menggunakan perkhidmatan rel yang baik di antara Kuala Lumpur dan KLIA. Sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA’ untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan servis keretapi laju KLIA Ekspres dan KLIA Transit diantara pusat pengangkutan Kuala Lumpur, KL Sentral, dengan lapangan terbang tersebut dimana terdapat juga lain-lain sambungan ke beberapa kawasan di Sepang.
Pelawat juga boleh menggunakan Komuter KTM ke Sepang. Sila ambil keretapi ke stesyen Nilai, Negri Sembilan. Dari sana bas Syarikat Sepang Omnibus memberi servis ke beberapa bahagian di daerah Sepang, termasuk KLIA, Salak Tinggi, Sepang (bagi sambungan ke Port Dickson, Negri Sembilan) dan Sungai Pelek.
Dengan Bas
Pelawat juga boleh menggunakanpel bagai rangkaian bas di antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang – sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA’ untuk maklumat terperinci.
Syarikat Transnasional mempunyai rangkaian servis dari Perhentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Salak Tinggi, Sepang dan Sungai Pelek. Transnasional juga menggendalikan bas tempatan dari Sepang dan Sungai Pelek ke Tanjung Sepat dan Banting di daerah Kuala Langat yang bersebelahan. Perjalanan ini melalui ladang-ladang kelapa sawit yang berbatu-batu, dan beberapa kampung Melayu pinggir laut yang amat cantik.
Halaman ini telah dicapai : 201
Tarikh kemaskini : 23 September 2010