Untitled Document

LAMAN WEB RASMI MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Untitled Document
 
Untitled Document
Untitled Document
KEMUDAHAN AWAM
- Gerai
- Stadium
- Pasar
- Dewan
- Padang
PERKHIDMATAN MAJLIS
Kebenaran merancang
Penamaan taman dan jalan
Kelulusan pelan bangunan
Sijil kelayakan menduduki bangunan
Pelan kerja tanah
Pelan infrastruktur
Permit korekan jalan
Lampu hiasan untuk musim perayaan
Lampu jalan dan lampu isyarat
Cukai taksiran
Pindah milik dan tukar alamat
Carian maklumat harta
Kerja–kerja pembersihan dan penyelenggaraan
Aduan–aduan kerosakan
Penyewaan harta Majlis
Pencegahan kawasan penyakit–penyakit berjangkit
Kawalan mutu makanan
Pengawalan pencemaran udara, bunyi dan air
Lesen perniagaan, hiburan, iklan dan penjaja
Mengurus pentadbiran medan selera, gerai, pasar pagi, pasar malam dan PLB
Penganjuran kursus–kursus kepada pemohon lesen premis makanan

DIREKTORI MAJLIS

TAWARAN TENDER

E-ADUAN

MS ISO 9001 : 2000

AGENDA 21

KADAR SEWAAN

LANDSKAP

Tarikan Sepang | Kebanggaan Sepang | Pelan Korporat | Maklumat Asas

Info Sepang > Tarikan Sepang

Sepang, pada asalnya hanyalah sebuah daerah terpencil di Negeri Selangor yang jarang-jarang diperkatakan mahupun disinggahi. Kini, dengan terjananya sebuah wawasan, Sepang berkembang menjadi nadi di mana bertunasnya satu demi satu mercutanda dan projek-projek nasional yang berupaya menganjakkan Malaysia ke alaf baru setanding dengan negara-negara maju.

Daerah Sepang yang berkeluasan 59,966 hektar dibahagi kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil 29,395 hektar, Mukim Labu 29,395 hektar dan Mukim Sepang 20,441 hektar. Ketiga-tiga mukim ini mempunyai sejumlah 19 buah kampung dan 4 buah kampung baru. Oleh kerana pertumbuhannya yang pesat Daerah Sepang kini hanya tinggal 50% sahaja kawasan tanah pertanian yang diperbangunkan berbanding dengan 80% pada tahun 1990. Sepang telah benar-benar bertukar wajah akibat pertumbuhan pembangunan yang amat agresif.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pintu Masuk Utama Ke Malaysia
Dengan adanya projek-projek nasional, kadar pertumbuhan penduduk Sepang telah meningkat dari 55,000 orang pada tahun 1991 kepada 75,000 orang pada tahun 1999 dan dijangka akan menjangkau ke tahap 2.2 juta orang menjelang tahun 2020. Negara yang maju patut memiliki kemudahan dan prasarana yang mampu menampung perkembangannya. Antaranya adalah laluan masuk ke Daerah Sepang telah bertambah dan akan dipertingkatkan. Serangkaian Lebuhraya yang terdiri dari South Klang Valley Expressway, Elite Expressway, Putrajaya dan Urban Motor Way yang menghala ke Daerah Sepang telah siap atau akan dibina. Sepang juga boleh dihubungi apabila siapnya laluan keretapi Express Rail Link yang menghubungkan Stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur ke KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya. Kemudahan-kemudahan infrastruktur ini adalah perlu bagi menampung projek-projek nasional supaya pembangunan di sekitar Sepang akan terus berjalan lancar.


Multimedia Super Coridor, Pemangkin Dunia Teknologi Negara
Sepang sekali lagi amat bertuah kerana telah dipilih untuk menyediakan tapak bagi membina sebuah lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Justeru itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dibina untuk menggantikan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah di Subang. KLIA sebuah mercutanda yang amat menyerlah di Sepang dirasmikan pembukaannya pada 27 Jun 1998.

Pemangku Sepang ialah Koridor Raya Multimedia (MSC) ala Silikon Valley. MSC yang berpengkalan di Cyberjaya terletak di Mukim Dengkil dan telah dirasmikan pembukaannya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Terletak bersebelahan Putrajaya, Cyberjaya yang merangkumi kawasan 7,000 hektar ini berfungsi sebagai Nukleus perhubungan IT dan multimedia negara. Ia juga dijangka akan menjadi Kotaraya Bestari Masa Depan (Intelligent City of The Future), serta model bagi seluruh negara. Kira-kira 400 syarikat-syarikat IT ternama di dunia telah menaruh minat dan dijangka akan beroperasi di sini menjelang tahun 2020. Universiti Multimedia kelolaan Telekom Malaysia Berhad pula telah memulakan sessi pengajian pertamanya pada tahun 1999 ini. Bagi membantu mempercepatkan perkembangan Cyberjaya, universiti ini diharap akan dapat melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh syarikat-syarikat yang beroperasi di Cyberjaya khususnya dan di MSC amnya.

Litar Formula 1 Sepang kini menjadi tumpuan dunia

Tulang belakang Kotaraya Bestari ini pula ialah serangkaian Fiber Optik terkini yang mampu menghubungkan MSC terus menerus ke negara-negara Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara di Asia Tenggara. Dengan ini Sepang terus menjadi tumpuan dunia dengan adanya kemudahan-kemudahan dan infrastruktur berdasarkan teknologi maklumat dan multimedia. 

Di samping projek-projek nasional yang sedang pesat dibangunkan, Sepang juga telah diberi penghormatan untuk menyediakan sebuah kawasan Litar Lumba Kereta F1 pertama bertaraf dunia di Malaysia. YAB Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan pembukaannya.
 
Jumlah Pelawat Hari Ini : 0000084
Jumlah Keseluruhan Pelawat (Sejak 01/03/2006) : 0157031

 Tarikh akhir laman web ini telah dikemaskini adalah pada : 10hb November 2008, Isnin, 10.00 pagi

PENAFIAN
Majlis Perbandaran Sepang tidak akan bertanggungjawab terhadap kerosakkan di atas penggunaan apa jua maklumat yang terpapar di dalam kandungan laman ini.
 
HAKMILIK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG SEJAK 2005