Jabatan Pengurusan

mail   Emel       Cetak
Unit Audit Dalam

Ketua Unit : Puan Fazariza binti Muhamad Mujal

Carta Organisasi

Objektif
  • Kami berjanji akan membantu sedaya upaya kami untuk meningkatkan mutu pengurusan dan perkhidmatan Majlis Perbandaran Sepang kepada tahap yang teratur dan berkesan dengan mematuhi dasar, peraturan dan undang-undang melalui Pemeriksaan, Penilaian dan Pelaporan ke atas Prosedur dan perlaksanaan kerja. 

Piagam Pelanggan

  • Mengedar memo pemberitahuan audit kepada jabatan / bahagian / unit terlibat (auditi) selewat-lewatnya lima(5) hari bekerja sebelum pengauditan dijalankan
  • Menjalankan Mesyuarat Pre-Audit Bersama Jabatan/Bahagian/Unit Setiap Suku Tahun Sebelum Mesyuarat Khas Audit Dijalankan
  • Menjalankan Mesyuarat Penutup Audit MS ISO 9001:2008 6 Bulan Sekali Sebelum Mesyuarat MKSP Dijalankan
  • Menjalankan Mesyuarat Penutup Audit 5s Sekurang-kurangnya 6 Bulan Sekali Selepas Audit Dijalankan

 

Unit Perundangan

Ketua Unit : Encik Mohd Nor Amirrudin bin Ab Karim

Carta Organisasi

Objektif

  • Memberi khidmat nasihat berkaitan perundangan kepada Majlis dan lain-lain Jabatan di dalam Organisasi Majlis Perbandaraan Sepang.
  • Menderaf, menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh Majlis agar bersesuaian dan praktikal , mengikut had-had dan limitasi perundangan Malaysia.
  • Menjalankan pendakwaan bagi pihak Timbalan Perdakwaraya bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan berkaitan Perundangan yang digunapakai oleh Majlis.
  • Menderaf, menyemak dan membuat apa-apa berkaitan dokumentasi perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman dan garis panduan agar hak dan kepentingan Majlis terpelihara.
  • Mengurus apa-apa tuntutan sivil terhadap Majlis.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan urusan penetapan kadar kompaun dan proses pengeluaran bil bayaran bagi setiap notis kesalahan dibuat dalam tempoh 10 minit.
  • Memastikan setiap maklum balas secara bertulis mengenai status permohonan rayuan atau pembatalan notis kesalahan diberi dalam tempoh 14 hari (setiap 3 bulan sekali terbitan).
  • Memastikan setiap dokumen perjanjian yang diterima disemak dalam tempoh 14 hari.
  • Memastikan perjanjian yang dibuat di antara pihak majlis dan orang perseorangan, syarikat dan agensi kerajaan disemak serta diakui lengkap dalam tempoh 2 bulan.
  • Menggubal dan meminda perundangan yang digunapakai.

 

Unit Pengurusan Maklumat

Ketua Unit :  Puan Rosziana binti Bassin

Carta Organisasi

Objektif

  • Memastikan kondisi rangkaian berjalan lancar. (Graph rangkaian).
  • Memastikan perkakasan komputer digunakan secara optimum. (Garis panduan pengagihan komputer).
  • Maklum balas perisian & rangkaian komputer dalam tempoh 2 jam bekerja. (untuk semua kategori masalah).

Piagam Pelanggan

  • Memastikan kondisi rangkaian berjalan lancar. (Graf rangkaian).
  • Memastikan perkakasan komputer digunakan secara optimum. (Garis panduan pengagihan komputer).
  • Aduan ICT iaitu aduan yang dikendalikan seperti berikuit :
    -
    Maklum balas perisian dan rangkaian komputer dalam tempoh 2 jam bekerja. (untuk semua kategori masalah).
    - Kategori Masalah Kecil iaitu setiap Jabatan akan dibekalkan dengan ‘tooltips ICT' dan bagi Perkakasan dan Rangkaian pula, panduan akan diberikan melalui talian telefon. Panggilan susulan akan dibuat selepas 5 minit dari panggilan pertama. (Buku Daftar Aduan Rangkaian dan Perkakasan).
    - Kategori Masalah Sederhana iaitu bagi Perkakasan dan Rangkaian adalah mengenalpasti, membaiki dan menyelenggara kerosakan (masalah sederhana) dalam tempoh 5 hari bekerja. (Buku Daftar Aduan Rangkaian dan Perkakasan).
    - Kategori Masalah Besar iaitu bagi Perkakasan dan Rangkaian adalah mengenalpasti, membaiki, mengganti dan menyelenggara kerosakan (masalah besar) dalam tempoh 7 hari bekerja. (Buku Daftar Aduan Rangkaian dan Perkakasan).
    - Kategori Masalah Kritikal iaitu bagi Perkakasan dan Rangkaian adalah mengenalpasti, membaiki, mengganti dan menyelenggara kerosakan (masalah kritikal) dalam tempoh 21 hari bekerja. (Buku Daftar Aduan Rangkaian dan Perkakasan).

 

Unit Cawangan Pesuruhjaya Bangunan

Ketua Unit : Encik Shahril Bin Omar

Carta Organisasi
 

Objektif

  • Memastikan pengurusan dan penyenggaraan harta bersama dilaksanakan secara teratur, tersusun dan berkesan berdasarkan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana yang bersih, terpelihara dan harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan berstrata..

Piagam Pelanggan

  • Mewujudkan, menyelenggara dan mengemaskini maklumat pemajuan berstrata dengan menyediakan daftar profail kawasan pemajuan untuk setiap enam bulan.
  • Memastikan pemaju mengadakan mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh tidak kurang dua belas bulan dari tarikh mendapat sijil kelayakan menduduki bangunan dan 25% pindahmilik hakmilik strata.
  • Menguruskan pendaftaran dan pengeluaran sijil JMB dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh mesyuarat pertama penubuhan JMB.
  • Menguruskan aduan berkenaan isu penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju / JMB / MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
  • Memberi taklimat dan penerangan berkenaan Akta 663 dan menghadiri mesyuarat agung tahunan JMB / MC seperti yang telah dijadualkan.
  • Memantau dan menyelaras perlaksanaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Akta 663) dan Bahagian VI dan VII Akta Hakmilik Strata (Akta 318) melalui perundangan dan penguatkuasaan undang-undang.

 

Unit Pusat Setempat

Ketua Unit : Encik Badrul Bin Rahim

Carta Organisasi

Objektif

  • Unit yang bertanggungjawab kepada menerima permohonan cadangan pemajuan iaitu perihal tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan, pelan kerja tanah dan pelan-pelan lain berkaitan.

Piagam Pelanggan

  • Memastikan pemaju mengadakan Mesyuarat pertama penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam tempoh tidak kurang 12 bulan dari tarikh mendapat sijil kelayakan menduduki bangunan dan 25% pindahmilik hakmilik strata
  • Menguruskan pendaftran dan pengeluaran sijil JMB dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen permohonan sejil lengkap diterima.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemaju/JMB/MC berkaitan penyenggaraan dan pengurusan harta bersama dalam tempoh 7 hari bekerja permohonan diterima.
  • Memberi taklimat dan penerangan Akta 757 kepada pemaju/JMB kawasan pembangunan baru dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan JMB/MC.
  • Menyelaras notis tunggakan caj penyenggaraan oleh pemaju / badan dalam tempoh 14 hari tarikh permohonan diterima.

 

Unit Perkhidmatan Bandar

Ketua Unit : Encik Norrehan bin Amat Kasman

Carta Organisasi

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna kepada penduduk Sepang.
  • Memastikan perancangan pembangunan kesihatan dan alam sekitar lebih berkesan dengan menjalankan tindakan pencegahan.
  • Merancang dan melaksanakan peningkatan pembersihan kawasan untuk menjaga alam sekitar serta memberikan perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen.

Piagam Pelanggan

  • Memproses tuntutan bayaran daripada kontraktor atau pembekal di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh terima invois.
  • Mengawalselia perkhidmatan pembersihan dan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor lantikan Majlis setiap hari bekerja serta memastikan tugas dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Aduan-aduan awam akan disiasat dan diambil tindakan tidak melebihi 14 hari bekerja.

 

Unit Integriti

Ketua Unit : Puan Nuriel Izmie binti Muhamad Rusly

Objektif

  • Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap kerjasama, bersatupadu, berintegriti, bermoral dan beretika.
  • Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga MPSepang.
  • Menggalakkan semangat bertanggungjawab dikalangan warga MPSepang serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung pronsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.

Piagam Pelanggan

  • Mengesan dan mengesahkan sebarang aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika Jabatan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pembukaan fail.
  •  Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada peserta program mencapai tahap keberkesanan memuaskan (pada skala 4).

 

Unit Tender Dan Kontrak

Ketua Unit : Puan Nur Hidayati binti Dahalan

Objektif

  • Mewujudkan pengurusan perolehan dan pentadbiran kontrak yang cekap dan mematuhi prosedur selaras dengan matlamat dan dasar Majlis.

Piagam Pelanggan

  • Mengiklankan tawaran Tender dalam tempoh  Dua Puluh Lapan  (28) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan Jabatan dan dipaparkan di papan kenyataan Majlis, Portal Majlis dan Tender Selangor.
  • Mengiklankan tawaran Sebut Harga dalam tempoh Empat Belas  (14) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan Jabatan dan dipaparkan di papan kenyataan Majlis, Portal Majlis dan Tender Selangor.
  • Memproses penjualan dokumen Sebut Harga / Tender dalam tempoh 45 minit dari permohonan pihak kontraktor.
  • Menyediakan dokumen Tender / Sebut Harga dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh diiklankan.
  • Menyediakan Laporan Analisa Tender dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen dari Ahli Jawatankuasa Pembuka Tender.
  • Menyediakan Laporan Analisa Sebut Harga dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja dari tempoh penerimaan dokuman dari Ahli Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga.
  • Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga / Tender bersidang dalam masa sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penyiapan Laporan Analisa Sebut Harga / Tender. Memastikan keputusan dari Mesyuarat Jawatankuasa Tender / Sebut Harga dihantar dan diterima ke Jabatan yang berkaitan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam.

Unit Koporat Dan Perhubungan Awam

Ketua Unit : Puan Afra'Fardilah binti Zai Mustapar

Piagam Pelanggan

  • Memastikan aduan awam yang diterima diedarkan kepada Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. 
  • Membangunkan imej korprat Sepang MC dengan memastikan semua program / mencerminkan identiti positif sepang.
  • Menguruskan perkara yang diterbitkan untuk menyampaikan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti  majlis berdasarkan kepada tarikh terkini penerbitan. 
  • Mempromosikan produk perlancongan dari kawasan Majlis Perbandaran Sepang.
  • Perpustakaan dihidupkan sebagai pusat rujukan utama untuk kakitangan MPSepang dan Orang ramai,