|
|
Perkhidmatan Majlis
Jabatan Pengurusan Unit Audit Dalam - Menjalankan pengauditan ke atas pengurusan kewangan Majlis Perbandaran Sepang bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut peraturan, undang-undang dan pekeliling yang berkaitan.
- Menjalankan pengauditan prestasi (Projek / auditan khas) bagi menilai program / aktiviti dibawah Majlis Perbandaran Sepang dilaksanakan secara ekonomi, cekap dan berkesan.
Unit Undang-Undang Unit Hasil Merekod dan menyelaraskan semua kutipan Hasil Majlis. Cara-Cara dan Tempat Bayaran - Bayaran boleh dibuat dengan menyatakan bil asal di Kaunter Majlis Perbandaran Sepang atau di pejabat cawangan. Sekiranya tuan/puan tidak menerima bil tuntutan cukai taksiran , sila hadir ke kaunter bayaran Majlis Perbandaran Sepang untuk mendapatkan bil gantian sebelum tempoh pembayaran tamat.
- Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan wang tunai, cek,wang pos, kiriman wang, bank draf, kad master dan kad visa.
- Bayaran menggunakan cek, bank draf, kiriman wang atau wang pos hendaklah dibuat atas nama “ YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ” dan dipalang “ TIDAK BOLEH NIAGA ”. Sila tulis nama. Alamat, no.akaun harta dan no. telefon dibelakang cek/bank draf/wang pos/kiriman wang.
- Bayaran boleh dibuat melalui laman web www.mpsepang.gov.my(e-cukai).
- Bayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan bank dan agensi lain seperti:
- Kad Maybank Kawanku & Maybank2u.com
- Pejabat pos (Wilayah Persekutuan, Selangor, Nilai & Seremban sahaja – Bayaran Tunai)
- Pos Online – www.posonline.com
- Kaunter bayaran di Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran & Majlis Daerah di Selangor sahaja (bayaran tunai menyatakan bil asal)
- Kaunter bayaran Pejabat di Tanah di Selangor sahaja (bayaran tunai menyatakan bil asal)
- Kaunter-kaunter Bank Simpanan Nasional (bayaran tunai menyatakan bil asal).
- Kaunter pandu lalu - Cawangan BBST.
- Resit-resit bercetak tanda penerimaan sahaja diakui sah.
- Bukti pengeposan bukanlah bukti penerimaan bayaran.
PERINGATAN PENTING - Sila ambil perhatian bahawa kamu adalah dengan ini dikehendaki membayar tunggakan kadar (Cukai Taksiran) yang kena bayar bersama dengan (Notis-E) yang kena dibayar dibawah seksyen Kecil (1), Seksyen 147 Akta Kerajaan Tempatan, 1976 di Pejabat Majlis Perbandaran Sepang dalam masa LIMA BELAS (15) hari dari tarikh notis ini diposkan/diserahkan. Jika pembayaran tidak dibuat dalam tempoh yang dinyatakan itu, amaun tunggakan yang kena dibayar bersama dengan kos proses akan dituntut dibawah kuasa-kuasa yang terkandung dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976.
- Berkuatkuasa 1 Mac 2009 Kadar Bayaran:-
i) Caj Lewat (Notis Borang E) RM 20.00 bagi setiap penggal ii) Waran Sitaan (Borang F) RM 100.00 - Mengikut Seksyen 160, Akta Kerajaan Tempatan 1976, tuan/puan boleh didenda sebanyak RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ribu Sahaja) atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya tidak memberitahu pihak Majlis dalam tempoh 3 bulan selepas jualan atau pindah milik dibuat.
WAKTU BAYARAN IBU PEJABAT & PEJABAT CAWANGAN Isnin hingga Jumaat 8.00 pagi hingga 4.30 petang - Hal-hal berkaitan bil ini tidak akan memprejudiskan sebarang tindakan undang-undang untuk menuntut suatu tunggakan .
- Sila hubungi atau hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Sepang sekiranya nama dan alamat tuan/puan tidak dicatat dengan betul.
No untuk dihubungi: TEL : 03-83190200 / 0300 samb. 224, 461 FAKS : 03-83204300 “Cukai Taksiran Tanggungjawab Anda” PEJABAT CAWANGAN: | | 1 | KAUNTER PANDU LAJU (BBST), BANGUNAN TERMINAL BAS & TEKSI, JALAN PROTOKOL, BANDAR BARU SALAK TINGGI, 43900 SEPANG, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03-87060367 FAKS: 03-87060369 | | 2 | 52A KEDAI MDS, JALAN PASAR, 43950 SUNGAI PELEK, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03-31422770 FAKS : 03-31422773 | | 3 | GM 24-A, JALAN PP 5D/1, TAMAN PUTRA PERDANA, 47100 PUCHONG , SELANGOR DARUL EHSAN. TEL : 03-83182620 FAKS : 03-83189631 | Unit Pengurusan Maklumat - Jabatan yang berperanan membantu imej di samping menjadi saluran utama kepada orang awam dan pihak Majlis selain berfungsi mengaplikasikan sistem maklumat dalam urusan harian bagi membolehkan kualiti kerja dihasilkan secara optimum.
- Memastikan sistem berkomputer berada dalam keadan baik selaras dengan birokrasi pengurusan pentadbiran. Mewujudkan sistem kerja yang sistematik, cekap dan cepat dalam semua urusan pentadbiran majlis.
- Memastikan setiap kakitangan berpengetahuan dan mahir dalam menggunakan sistem berkomputer. Bertanggungjawab di dalam mewujudkan sistem berkomputer ke arah pembangunan dan perkhidmatan.
- Memastikan prosedur penyelenggaraan dan pembaikan kerosakan komputer dilaksanakan dan dipatuhi.
Unit Cawangan Pesuruhjaya Bangunan Memastikan Penyelenggaraan Harta Bersama dilaksanakan berdasarkan Undang-undang dan Peraturan yang ditetapkan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan perkongsian harta bersama bagi pembangunan bertingkat. Mengadakan inventori ke atas bangunan-bangunan bertingkat di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Memastikan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi pembangunan yang melibatkan pemajuan berstrata. Menyelesaikan sebarang pertikaian diantara pemaju dan pembeli berkaitan penubuhan JMB dan akaun penyenggaraan bangunan (BMA). Memantau tindakan pemaju dalam menangani isu pembaikan kecacatan bangunan. Mengurus, menyiasat dan menyediakan laporan berkenaan aduan yang diterima. Menguatkuasakan undang-undang yang termaktub di dalam Akta Bangunan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318). Unit Pusat Setempat 1) Permohonan Serentak Termasuk Perihal Tanah - Perihal Tanah (Pecah Sempadan Dan Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
- Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
- Perihal Tanah (Pecah Sempadan Dan Ubah Syarat) + Pelan Bangunan + Pelan Kejuruteraan.
- Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Bangunan.
- Perihal Tanah (Pecah Sempadan + Ubah Syarat) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan.
- Perihal Tanah (Penyerahan Balik Dan Pemberimilikan Semula) + Kebenaran Merancang + Pelan Kejuruteraan.
2) Permohonan Kebenaran Merancang - Permohonan Kebenaran Merancang Skim Pembangunan.
- Permohonan Kebenaran Merancang Pendirian Bangunan.
- Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material Bangunan.
- Permohonan Kebenaran Merancang Perubahan Material Tanah.
- Permohonan Kebenaran Merancang Lanjut Tempoh.
- Permohonan Nama Taman / Sistem Alamat.
- Permohonan Landskap.
3) Permohonan Pelan Bangunan - Permohonan Pelan Bangunan
- Permohonan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)
- Permohonan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
- Permohonan Permit Bangunan Sementara
- Permohonan Binaan Kecil Bangunan (Minor Repair)
- Permohonan Pelan Bangunan Rumah Sesebuah
- Permohonan Tambahan / Pindaan Bangunan (Renovation)
4) Permohonan Pelan Kejuruteraan - Permohonan Pelan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan
- Permohonan Pelan Kerja Tanah
- Permohonan Pelan Jalan dan Perparitan
- Permohonan Pelan Lampu Jalan
Unit Perkhidmatan Bandar 1) Jadual Kutipan Sampah Domestik dan Sampah Pukal / Kebun di dalam kawasan Majlis Perbandaran Sepang SAMPAH DOMESTIK JENIS PREMIS | KEKERAPAN | HARI | KAWASAN PERUMAHAN | 3 KALI SEMINGGU | ISNIN, RABU DAN JUMAAT | SELASA, KHAMIS DAN SABTU | PANGSAPURI / APARTMENT / FLAT | 6 KALI SEMINGGU | KECUALI AHAD | KOMERSIAL (KEDAI) | SAMPAH PUKAL / KEBUN KEKERAPAN | HARI | 2 KALI SEBULAN | SETIAP HARI SABTU MINGGU KE 2 DAN KE 4 | Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan: UNIT PERKHIDMATAN BANDAR, MPSEPANG TINGKAT 2, MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, PERSIARAN SEMARAK API, 63200 CYBERJAYA SELANGOR. 03-83190410 / 03-83190242
Halaman ini telah dicapai : 13727
Tarikh kemaskini : 13 April 2012
|
|
|
|
|
|
|
|