Pantai Bagan Lalang

mail   Emel       Cetak

Pantai  Pantai

Pantai

Bagan Lalang merupakan sebuah pantai perangin di negeri Selangor  yang kurang dikenali pada masa dahulu tetapi kini banyak pembangunan telah di jalankan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mempromosikan Pantai Bagan Lalang sebagai sebuah pantai peranginan yang terkenal di Selangor.


Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan hanya sejam perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui PLUS Higway menuju arah ke KLIA.


Aktiviti perkhemahan adalah dibenarkan di sini berhadapan dengan gerai-gerai makanan dan di sediakan juga tandas berbayar serta tong-tong sampah awam dan gazebo untuk beristirehat. Terdapat juga rumah tumpangan dimana terdapat satu kawasan rumah tumpangan yang dimilik oleh badan kerajaan iaitu Jabatan Perikanan dan 2 buah rumah tumpangan lagi adalah hakmilik swasta.
   
Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang
menawarkan pakej bujet dan memerlukan tempahan awal daripada pengunjung.