mail   Emel       Cetak

Permit & Lesen

Setiap permohonan lesen melalui Majlis Perbandaran Sepang diproses dalam tempoh 14 hari bekerja bagi permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat - syarat pelesenan dan undang - undang yang berhubung dengannya. Berikut adalah maklumat mengenai permohonan permit dan lesen di Majlis Perbandaran Sepang :
  1. Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen (14hari)
  2. Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Pasar Malam/Sari
  3. Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Penjaja
  4. Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Tred Perniagaan Serta-Merta
  5. Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Tred Perniagaan & Perindustrian (14hari)

Sila Klik pada pautan di bawah untuk sebarang maklumat tambahan berkenaan pelesenan dan permit perniagaan yang dikeluarkan oleh Kementerian dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan :

* Pelesenan dan Permit oleh Pihak Berkuasa Tempatan

 

Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen (14 hari)

1. Borang permohonan lesen premis perniagaan ( Borang Komposit, Iklan & Hiburan)

2. Satu (1) salinan kad pengenalan atau salinan butiran maklumat passport

3. Dua (2) keping gambar berukuran kad pengenalan/lesen

4. " Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat ( Borang 24 dan Borang 49 ) " mengikut Akta Pendaftaran Syarikat ATAU

5. Salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau

    Borang B ( Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) atau

    Borang D ( Perakuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut

    Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965

6. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Perjanjian sewa dan kebenaran pemilik bangunan.

7. Salinan Resit Alat Pemadam Api @ Surat Sokongan Bomba

8. Satu (1) Pelan lakaran lantai premis.

9. Lakaran visual papan iklan

 

Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Pasar Malam /Sari

1. Mengemukakan borang permohonan lesen pasar malam/sari

2. Salinan suntikan TY2 dan salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

3. Salinan kad pengenalan

4. Dua(2) keping gambar passport.

5. Salinan Pendaftaran Perniagaan ( SSM )

 

Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Penjaja

1. Mengemukakan borang permohonan lesen penjaja.

2. Salinan suntikan TY2 dan salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan

3. Salinan pelan lokasi perniagaan

4. Salinan geran kenderaan dan gambar kenderaan jika memohon lesen penjaja bergerak

5. Salinan kad pengenalan

6. Dua(2) keping gambar passport

7. Salinan Pendaftaran Perniagaan ( SSM )

  Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Tred Perniagaan Serta Merta

Senarai
1. Borang permohonan lesen premis perniagaan ( Borang Komposit dan Iklan )
2. Satu (1) salinan kad pengenalan atau salinan butiran maklumat passport
3. Dua (2) keping gambar berukuran kad pengenalan/lesen
4. " Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat ( Borang 24 dan Borang 49 ) " mengikut Akta Pendaftaran Syarikat ATAU
5. Salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B ( Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) atau Borang D ( Perakuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965
6. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Perjanjian sewa dan kebenaran pemilik bangunan.
7. Satu (1) salinan pelan lokasi premis.
8. Mengemukakan gambar premis :-
    i) Pandangan hadapan
   ii) Pandangan belakang
  iii) Pandangan dalam premis
  iv) Pandangan sisi ( jika lot tepi )
9. Satu (1) Pelan lakaran lantai premis
10. Lakaran visual papan iklan berserta berukuran dalam meter persegi
11. Menyediakan Cop Syarikat/ Perniagaan
PERMOHONAN PREMIS MAKANAN
1. Salinan surat pemeriksaan Doktor dan Suntikan TY2
2. Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan - *termasuk semua pekerja
PERMOHONAN PREMIS TADIKA / TASKA / TASKI
1. Salinan surat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi Taska / Taski
2. Salinan surat kelulusan Jabatan Pendidikan bagi menjalankan Tadika
3. Salinan surat kelulusan Kebenaran Merancang (KM)bagi Taska/Taski/Tadika

 

Senarai Semak Keperluan Permohonan Lesen Tred Perniagaan & Perindustrian (14 hari)

1. Borang permohonan lesen premis perniagaan ( Borang Komposit & Iklan )

2. Satu (1) salinan kad pengenalan atau salinan butiran maklumat passport

3. Dua (2) keping gambar berukuran kad pengenalan/lesen

4. " Salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat ( Borang 24 dan Borang 49 ) " mengikut Akta Pendaftaran Syarikat ATAU

5. Salinan Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B ( Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) atau Borang D ( Perakuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1965

6. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan atau Perjanjian sewa dan kebenaran pemilik bangunan

7. Salinan Resit Alat Pemadam Api @ Surat Sokongan Bomba

8. Lakaran visual papan iklan