Piagam Pelanggan MPSepang

mail   Emel       Cetak
Piagam Pelanggan Tindakan Jabatan
1. Memproses permohonan kebenaran merancang diuruskan secara cekap, teratur, mematuhi semua peraturan  yang ditetapkan  dalam tempoh 30 hari sehingga  ke peringkat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Setempat OSC.
 
Jabatan
Perancangan Bandar
2. Memproses sebut harga dan tender dalam tempoh 45 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen  Jawatankuasa Sebut Harga / Tender.
 
Jabatan
Khidmat Pengurusan
3. Mengemukakan maklum balas status aduan kepada pelanggan (14 hari dari tarikh aduan diterima).
 
Unit Korporat Dan Perhubungan Awam
4. Maklum balas tempahan kemudahan awam (3 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima).
 
5. Proses permohonan kelulusan pelan kerja tanah, jalan dan perparitan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat teknikal akan diberi dalam tempoh 60 hari bekerja.
1a - Kelulusan kerja tanah
1b - Kelulusan jalan dan perparitan
1c - Kelulusan kerja tanah, jalan dan perparitan
 

Jabatan
Kejuruteraan

6. Proses permohonan kelulusan permit korekan jalan dan permit laluan yang lengkap akan diberi dalam tempoh 14 hari bekerja.
 
7. Meluluskan permohonan bayaran cukai taksiran secara ansuran serta-merta.
 
Jabatan
Perbendaharaan
8. Memproses bayaran setelah dokumen lengkap diterima di Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari.
 
9. Permohonan pindah milik yang dikemukakan bersama dokumen lengkap dan mematuhi syarat di kaunter Jabatan Penilaian akan diproses dalam masa 1 hari.
 
Jabatan
Penilaian dan Pengurusan Harta

10. Permohonan tukar alamat surat menyurat yang dikemukakan bersama dokumen lengkap dan mematuhi syarat di kaunter Jabatan Penilaian akan diproses dalam masa 1 hari.

11. Memastikan permohonan remisi diproses dan diputuskan mengikut tempoh 1 bulan selepas penggal tamat.
 
12. Surat pengesahan cukai taksiran dikeluarkan dalam masa 7 hari daripada permohonan lengkap.
 
13. Surat pengesahan tempat letak kenderaan berat dikeluarkan dalam masa 7 hari daripada permohonan lengkap.
 

14. Surat tawaran sewaan premis dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengesahan kerosakan dari Jabatan Bangunan.

15. Semua permohonan landskap yang lengkap serta teratur mengikut ‘checklist' yang disediakan akan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada penerimaan permohonan.

Jabatan
Landskap

16. Memproses kelulusan pelan bangunan dalam tempoh 1 - 30 hari.

Jabatan
Bangunan
17. Kelulusan CFO dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan Borang E
 
18. Menjalankan pemeriksaan dan tindakan ke atas aduan berkaitan kebersihan premis makanan dan berkaitan dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima.
 
Jabatan
Kesihatan

19. Memproses dan meluluskan permohonan Lesen Anjing yang lengkap secara serta-merta.

20. Memastikan urusan penepatan kadar kompaun dan proses pengeluaran bil bayaran bagi setiap notis kesalahan dibuat dalam tempoh 10 minit.
 
Unit
Undang-undang
21. Menyelaras notis tunggakan caj penyenggaraan oleh Pemaju / Badan dalam tempoh 14 hari tarikh permohonan diterima.
 
Unit
Pesuruhjaya Bangunan
22. Menguruskan kutipan sampah 3 kali seminggu.
 
Unit
Perkhidmatan Bandar

23. Semua permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan diberi keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja (keputusan termasuk lulus, tangguh dan ditolak).
 
Jabatan
Pelesenan

24. Permohonan bagi lesen tidak berisiko yang telah lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diberi keputusan serta merta.
 

25. 100% pengeluaran notis penguatkuasaan berdasarkan akta / peraturan / undang-undang yang telah ditetapkan.
 
Bahagian Penguatkuasaan