Sistem Pengangkutan Awam

mail   Emel       Cetak

Melalui Udara

Oleh kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur terletak di Sepang, adalah sangat mudah bagi pelawat dari luar negara  untuk melawat daerah ini. Sila lihat bahagian "Get In – KLIA" bagi mendapatkan maklumat tentang memasuki atau keluar dari lapangan terbang tersebut.

Dengan Keretapi

Pelawat ke Sepang, termasuk juga ke Litar Formula Satu, boleh menggunakan perkhidmatan rel yang baik di antara Kuala Lumpur dan KLIA. Sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA' untuk maklumat yang lebih terperinci berkenaan servis keretapi laju KLIA Ekspres dan KLIA Transit diantara pusat pengangkutan Kuala Lumpur, KL Sentral, dengan lapangan terbang tersebut dimana terdapat juga lain-lain sambungan ke beberapa kawasan di Sepang.

Pelawat juga boleh menggunakan Komuter KTM ke Sepang. Sila ambil keretapi ke stesyen Nilai, Negri Sembilan. Dari sana bas Syarikat Sepang Omnibus memberi servis ke beberapa bahagian di daerah Sepang, termasuk KLIA, Salak Tinggi, Sepang (bagi sambungan ke Port Dickson, Negeri Sembilan) dan Sungai Pelek.

Dengan Bas

Pelawat juga boleh menggunakanpel bagai rangkaian bas di antara Kuala Lumpur dan KLIA untuk sampai ke Sepang – sila lihat bahagian ‘Get in – KLIA' untuk maklumat terperinci.

Syarikat Transnasional mempunyai rangkaian servis dari Perhentian Puduraya, Kuala Lumpur ke Salak Tinggi, Sepang dan Sungai Pelek. Transnasional juga menggendalikan bas tempatan dari Sepang dan Sungai Pelek ke Tanjung Sepat dan Banting di daerah Kuala Langat yang bersebelahan. Perjalanan ini melalui ladang-ladang kelapa sawit yang berbatu-batu, dan beberapa kampung Melayu pinggir laut yang amat cantik.

Sepang Omnibus pula menyediakan laluan tempatan terus dari Seremban di Negeri Sembilan ke Sungai Pelek melalui Nilai, KLIA, Slak Tinggi dan Sepang; dan Seremban ke Banting melalui Nilai, KLIA, Salak Tinggi dan Bukit Changgang. Ia juga mempunyai perkhidmatan bas dari Sungai Pelek ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Sepang. Sementara di utara pula, Sepang Omnibus menyediakan perkhidmatan dari Sungai Pelek ke Tanjung Sepat di daerah bersebelahan iaitu Kuala Langat.

Dengan Teksi

Teksi-teksi tempatan menyediakan perkhidmatan dari semua bandar utama, kecuali dari KLIA. Dari KLIA anda hanya boleh menggunakan sistem teksi berkupon. Lihat bahagian ‘Get in – KLIA' untuk maklumat terperinci.

Ke Litar Antarabangsa Sepang (Sepang International Circuit)

Cara termudah ke litar ini semasa musim perlumbaan adalah melalui keretapi dari KL Sentral dan seterusnya menaiki bas perantaraan (shuttle buses) yang akan membawa anda terus ke litar tersebut. Pihak pengendali KLIA Ekspres dan KLIA Transit memepunyai beberapa pakej yang merangkumi kedua-dua perjalanan keretapi dan bas perantaraan. Sila lihat laman sesawang KLIA Ekspres atau Litar Antarabangsa Sepang.