mail   Emel       Cetak

Struktur Organisasi Perniagaan

Gambaran Keseluruhan

Malaysia menawarkan pelbagai bentuk contoh-contoh perniagaan  yang boleh digunakan sebagai panduan dalam menubuhkan perniagaan di negara ini.  Usaha menjalankan perniagaan di negara ini  boleh menghasilkan pulangan yang sangat lumayan. Kami menawarkan maklumat menyeluruh yang merangkumi  segenap kitaran bidang perniagaan.  Sesebuah pertubuhan perniagaan boleh  diasaskan berdasarkan bentuk-bentuk berikut:

  • Perniagaan atau pemilikan tunggal
  • Syarikat ( Syarikat Sendirian Berhad,  Syarikat Awam Berhad atau Cawangan kepada Syarikat Asing )
  • Perkongsian
  • Pertubuhan Bukan Korporat
  • Pejabat Perwakilan atau Wilayah
  • Ibupejabat Operasi  (OHQ)
  • Pusat Perolehan Antarabangsa (IPC)
  • Pusat Pengagihan Wilayah (RDC)

Jenis entiti perniagaan yang paling banyak ialah syarikat-syarikat, dan kadangkala juga Pejabat Perwakilan & Wilayah, Ibupejabat Operasi, Pusat Perolehan, dan Pusat Agiahan Wilayah. Semua bentuk perniagaan adalah di bawah kawalselia Akta Syarikat 1965. Semua syarikat diperlukan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat-syarikat Malaysia (SSM). Syarikat Berhad  yang dihadkan pemilikan sahamnya adalah bentuk syarikat yang paling biasa terdapat di Malaysia. Syarikat-syarikat berhad tersebut boleh jadi dalam bentuk awan atau persendirian.

Sebelum memulakan sesebuah perniagaan, anda harus mendaftar perniagaan pilihan anda dan memperolehi segala lesen dan kebenaran yang perlu. Sebagai langkah tambahan, anda juga sepatutnya telah mengenal pasti kedudukan dan tempat yang sesuai untuk perniagaan yang telah anda pilih tersebut.