Akses Orang Kurang Upaya (OKU)
Laman Web MPSepang menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access. Di antaranya adalah:
A) Pengguna Cacat Penglihatan
Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks / text reader di dalam portal ini. Pembaca teks tersebut disediakan untuk kandungan Perutusan, Pengenalan, Ucapan, Artikel, Berita serta pelbagai kandungan yang lain. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai alternatif kepada pengguna cacat penglihatan di mana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat dua cara yang boleh digunakan :
(a) Pautan kepada pembaca teks :
- Semasa melayari laman ini, anda akan menemui
ikon 'Dengar teks' (ikon 1) di ruangan paling bawah setiap halaman dan pada penjuru paling atas di setiap kandungan
(ikon 2). - Untuk
(ikon 1), sila highlight ayat yang hendak didengar. - Klik pada ikon tersebut dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang dijana.
- Untuk
(ikon 2), hanya klik pada ikon dan setiap teks di kandungan tersebut akan dijana dan dibaca. - Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
- Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.
B) Pengguna Buta Warna
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan paling atas di setiap halaman iaitu warna merah, biru, hijau dan oren. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan dan warna templet Laman Web MPSepang akan berubah serta merta.

C) Pengguna Warga Tua
Bagi pengguna warga tua, terdapat pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan paling atas di setiap halaman. Pengguna boleh memilih sama ada untuk memilih saiz teks yang lebih kecil atau besar mengikut kesesuaian.

D) Pilihan Bahasa
Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Lain (Cina, India, Arab, Perancis, Jerman, Hindi, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Rusia dan Spanish). Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuaian dengan mereka untuk membaca kandungan di Laman Web MPSepang. Pilihan bahasa tersebut dipaparkan di ruangan paling atas di setiap halaman.
