Program Publisiti Penyertaan Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa  pihak Majlis dalam  proses penyediaan  Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang (Pengubahan 2)  2025  yang  kini  dalam  peringkat  penyediaan  Publisiti dan Penyertaan Awam. Program Publisiti  dan  Penyertaan Awam merupakan  satu kaedah hebahan  atau pemakluman kepada orang awam mengenai  Laporan Draf Rancangan Tempatan adalah sedia  untuk diperiksa selaras dengan keperluan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta172). Program ini diadakan pada 19 Disember 2016 hingga 20 Januari 2017.  Sila klik  Borang Bantahan   Awam  /  Represantasi  untuk memuat turun  borang dan  klik RT MPSEPANG 225  bagi pengguna  telefon  pintar (Mobile Apps).

Bayaran Cukai Taksiran Secara Di Atas Talian

Berhubung dengan perubahan Sistem Cukai Taksiran yang baru yang melibatkan pertukaran Nombor Akaun atau AUID baru pada Bil Cukai Taksiran, adalah dimohon agar para pelanggan dapat membuat bayaran melibatkan Cukai Taksiran di Agensi-agensi Perbankan yang terlibat secara di atas talian dengan menggunakan Nombor Akaun lama (15 digit) atau AUID lama.

Sekian, terima kasih.

Penutupan Penggunaan Padang Bola Sepak Stadium MPSepang, BBST

Kenyataan Tender Permohonan Pelupusan Tanah

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah mengesyorkan kaedah pelupusan tanah di Pekan Bukit Bisa, Mukim Dengkil, Daerah Sepang dilaksanakan secara Tender.  Tarikh tutup kenyataan ini adalah pada 27/2/2016. Klik  di sini untuk mendapatkan Kenyataan Permohonan Pelupusan Tanah Secara Tender dan klik di sini untuk melihat Pelan Lokasi.

Kaunter Cukai Taksiran Di IOI City Mall

Untuk makluman para pelanggan, Kaunter Cukai Taksiran Di IOI City Mall akan mula beroperasi pada 15/1/2016 seperti biasa mengikut Jadual Kutipan Cukai Taksiran.

Iklan Pembaharuan Lesen Anjing

Dimaklumkan bahawa tarikh memperbaharui Lesen Anjing adalah dari 4/1/2016 hingga 29/2/2016.

Dokumen yang perlu di bawa :

1. Lesen terdahulu (2015)
2. Salinan suntikan anjing yang masih belum tamat tempoh

Lesen Anjing boleh juga diperbaharui di Pejabat-Pejabat Cawangan MPSepang.

Solat Hajat Dan Upacara Keagamaan

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dan dengan persetujuan YAB Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan semua masjid akan mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat. Beliau juga mengarahkan pihak kuil, tokong dan gereja agar menjalankan upacara keagamaan bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan rakyat di negeri-negeri yang ditimpa musibah.

Makluman penutupan Persiaran Semarak Api pada 27 Februari 2015 (Jumaat)

Jalan Semarak Api akan ditutup pada 27 Februari 2015 (Jumaat) bermula jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi memberi laluan kepada yang beragama Islam menunaikan solat Jumaat. Laluan akan dilencongkan ke Persiaran Ceria.

Harap maklum

Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011

Bermula pada 5 Mac 2013, akses kepada sebarang maklumat perihal perkara di bawah bidang kuasa Jabatan / Agensi Kerajaan Negeri Selangor (termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan Anak-Anak Syarikat), boleh didapatkan. Bagi keterangan lanjut boleh melayari www.selangor.gov.my atau foi@selangor.gov.my. Anda juga boleh hadir terus ke kaunter utama jabatan atau berhubung menerusi panggilan telefon di talian 03-55447671 / 03-55212291.

Harap Maklum

Penjualan Kad Pelekat Premis Palsu

Pihak MPSepang telah mengesan terdapat beberapa kes sendikit penipuan ke atas penjualan kad pelekat kategori premis terutamanya di sekitar Cyberjaya

Sendikit  tersebut memaklumkan kepada pemilik premis makanan bahawa mereka telah dilantik oleh Majlis Perbandaran Sepang untuk membekalkan kad pelekat kategori premis makanan dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM 260 – RM 360

Rentetan kejadian itu , satu laporan polis telah dibuat diatas dakwaan bahawa pihak majlis telah melantik syarikat atau agent di dalam menjalankan pemeriksaan premis makanan dan seterusnya menjual kad pelekat kategori premis makanan dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM 260 – RM 360

Pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak melantik sebarang syarikat/ agent bagi menjalankan pemeriksaan premis makanan dan penjualan kad pelekat kategori premis makanan

Sebarang pemeriksaan premis makanan dan pengeluaran Kad Pelekat Kategori Premis Makanan  di jalankan oleh pegawai dari Jabatan Kesihatan Persekitaran MAJLIS PERBANDARAN  SEPANG  dan tiada sebarang bayaran dikenakan.