Perubahan Tempoh Kelayakan Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 26/2014 yang telah diadakan pada 9hb Julai 2014, telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) iaitu dari 1 tahun kepada 3 tahun dari tarikh kelahiran.

Perubahan tempoh kelayakan pendaftaran itu telah berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai 3 tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk kepada terma dan syarat-syarat kelayakan yang sedia ada.

Pihak pengurusan YAWAS juga mengambil ketetapan untuk menerima pendaftaran bagi mereka yang lahir pada 9hb Julai 2011 dan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut atau rujukan mengenai tempoh kelayakan baru ini bolehlah berbuat demikian ke talian 03-55218740 / 55218741. Faks : 03-55218743. Laman web : http://www.tawas.org.my

Penyelenggaraan Dan “Backup” Laman Web Rasmi MPSepang Berkala

Unit Pengurusan Maklumat MPSepang melakukan penyelenggaraan dan “backup” berkala ke atas Laman Web Rasmi MPSepang mengikut ketetapan berikut:

Tarikh                 : Setiap Sabtu (Mingguan)
Masa                  : 1:00 Pagi – 1:30 Pagi
Anggaran Masa  : 30 Minit

Sehubungan dengan itu, Laman Web Rasmi MPSepang dan e-Perkhidmatan Majlis akan ‘down’ sebentar semasa sesi penyelenggaraan dan ‘backup’ ini dilakukan. Dengan itu, semua e-Perkhidmatan Majlis akan tergendala buat sementara waktu dan e-Perkhidmatan ini akan mula boleh digunakan semula selepas itu. Maaf atas sebarang kesulitan yang dialami.

Sekian, terima kasih.

Senarai Kekosongan Medan Selera / Gerai / Kompleks Niaga

Senarai Kekosongan Medan Selera / Kedai / Gerai / Kompleks Niaga dan Pusat Penjaja Untuk Disewa. Klik di sini untuk selanjutnya.